Trending By: Syafiqa Irdina June 1, 2020 @ 11:30am

[TERKINI] Selangor Tangguh Solat Jumaat & Solat Lima Waktu Berjemaah Di Masjid & Surau

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan penangguhan solat Jumaat serta solat lima waktu berjemaah di surau dan masjid untuk orang awam di negeri itu, dilanjutkan sehingga 30 Jun ini.

Perkara tersebut diberitahu menerusi Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataannya, memaklumkan larangan tersebut adalah satu keputusan yang amat sukar dan berat bagi baginda untuk memutuskannya.

“Baginda memahami keluh-kesah rakyat jelata yang tidak dapat menunaikan ibadat di masjid selama tempoh 12 minggu setakat ini. Namun, keputusan ini terpaksa dikeluarkan demi memastikan penularan jangkitan wabak berbahaya COVID-19 dapat dibendung dan dikawal.

Justeru itu, dengan perasaan berat hati, baginda memutuskan agar tempoh larangan bagi mengerjakan solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau dilanjutkan sehingga 30 Jun, kecuali 39 buah masjid yang dibenarkan sebelum ini untuk melakukan solat Jumaat dengan jumlah bilangan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, semakan semula dilakukan selepas minggu pertama bulan ini (Jun) dan sekiranya penularan wabak COVID-19 ini didapati menurun, pertimbangan akan dibuat bagi membolehkan jumlah jemaah Solat Jumaat ditambah dan masjid-masjid dibuka lebih awal.

Apa-apa pun, amalkan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dan mematuhi garis panduan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) okay!

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 May 2019

Farid Kamil Dipenjara Sembilan Bulan

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari selepas didapati bersalah mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas […]

Trending Tue, 22 Dec 2020
Drama Fri, 16 Oct 2020
Trending Thu, 13 Sep 2018

近视者眼中世界很美!看什么都朦胧

Philip Barlow就擅长绘出近视者眼中的朦胧世界,不仅让近视者深感认同,连视力良好的人都想感受一下朦胧美到底是什么样子的!

Trending Mon, 23 Sep 2019

感情影响性次数!这时期情侣天天战

「性爱」是伴侣关系中相当重要的一环,彼此间透过身体交流接触过程中,往往会让彼此的关系更亲密。不过因每个人性需求的不同,和另一半「爱爱」的次数也有差距。

Featured Thu, 10 Nov 2022

“Kemas Rumah Pun Cantik!” – Netizen Puji Penampilan Simple Nora Danish

Sebut saja nama Nora Danish sudah pasti ramai yang mengenali aktres itu oleh kerana rupa parasnya yang masih kelihatan muda meskipun usia sudah mencecah 40 tahun. Baru-baru ini, Nora memuat naik satu perkongsian video di […]

Featured Thu, 3 Nov 2022