Categories: Trending

[TERKINI] Tiada Tarawih Atau Solat Jemaah Di Surau Mahupun Masjid Sepanjang PKP Ini

Tidak akan ada solat fardhu, dan tarawih berjemaah!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, rakyat sedang memasuki Ramadan dalam era normal baharu iaitu tidak ada solat solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan solat Tarawih berjemaah di masjid dan surau dalam tempoh PKP.

Malah, tidak ada juga majlis berbuka puasa, moreh selepas selesai solat Tarawih.

Sumber : Google

” Alternatifnya hidupkan ibadah dan tradisi Ramadan kita di rumah. Kita semua hendak beribadah dalam Ramadan sebagaimana sedia kala kerana ia adalah usaha memelihara agama (hifz al-din) dalam maqasid al-syariah

” Namun, memelihara nyawa (Hifz al-Nafs) juga adalah penting ketika ini. Akhirnya, kita akan dapat satu jawapan; matlamat hifz al-din takkan tercapai kecuali dengan Hifz al-Nafs,”

Sumber : Google

Tambahnya lagi, pihaknya bukan ingin menghalang melakukan ibadah tetapi apa yang ditekankan adalah pelaksanaan solat berjemaah yang dilakukan di rumah masing-masing.

” Cuma yang kita jaga konsep jemaah beramai-ramai dalam jumlah yang besar mungkin akan tersebar wabak itu di mana, mungkin tidak akan menyelesaikan dan mengambil tempoh lama untuk dipulihkan,” Jelasnya.

Beliau juga dilihat memohon agar rakyat Malaysia mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan menyeru agar rakyat Malaysia berdoa kepada Allah agar perkara ini selesai dengan cepat.

Sumber : Google

Sejujurnya saya mahukan Ramadan yang terbaik untuk umat Islam di Malaysia. Saya bersyukur kerana anda semua amat memahami dan bersama-sama saya untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19. Yakinlah, Allah melihat apa yang kita lakukan, mendengar apa yang kita doakan,” Katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Salma Syahbuddin