Trending By: Yanie Baharom March 19, 2019 @ 12:00pm

Tetamu terima hadiah Jaguar di majlis perkahwinan mewah “Crazy Rich Surabayans”

Barangkali pada saat artikel ini ditulis, pasangan ini masih lagi dalam siri jelajah bulan madu mereka walaupun hampir dua bulan disatukan sebagai suami isteri.

Apa yang nak dihairankan, pasangan ini terlalu kaya, malah mereka tidak perlu bekerja untuk mencari kesenangan. Sebagai pewaris harta kekayaan ibu bapa mereka, barangkali tak habis makan tujuh keturunan. 

Jusup Maruta Cayadi dan isterinya Clarissa Wang, menggemparkan dunia dengan berita perkahwinan mereka yang hampir 1 trillion rupiah atau USD 68.9 million.

Secara tidak langsung, perkahwinan pasangan dari Surabaya ini dikaitkan dengan fantasi kehidupan mewah yang dipaparkan  menerusi filem Crazy Rich Asians, benar-benar wujud! 

Sekadar mengimbas babak epik yang terdapat di dalam filem berkenaan, kemewahan dan kegemilangan perkahwinan yang dipaparkan. 

Sangat mengujakan melihat dekorasi perkahwinan, keghairahan tetamu yang hadir dengan majlis yang sangat terancang dan begitulah majlis Jusup dan Clarissa di ibaratkan. 

Foto: mStar

Pasangan pengantin Jusup Maruta Cayadi dan Clarissa Wang yang melangsungkan perkahwinan pada 1 Disember lalu telah menamatkan zaman bujang mereka melalui  perkahwinan yang sangat mewah, penuh gemilang dan pasti dicemburui oleh setiap wanita.

Memilih lokasi perkahwinan di  sebuah hotel paling mewah di Bali, The Mulia Hotel & Resort di Nusa Dua. Bukan itu sahaja, ada di antara tetamu mereka yang mendapat keistimewaan menginap di hotel serba mewah ini untuk meraikan majlis perkahwinan tersebut.

Melihat foto perkahwinan mereka, dapat disaksikan dekorasi pelamin yang dibanjiri dengan bunga segar yang begitu indah. Pasangan ini juga telah menerbangkan khas kumpulan muzik antarabangsa, Calum Scott dan kumpulan Michael Learn To Rock mendendangkan lagu-lagu kegemaran mereka dalam majlis gilang-gemilang tersebut.

Keghairahan majlis itu tidak berhenti di situ sahaja apabila pasangan ini menyediakan bingkisan istimewa buat tetamu yang hadir, iaitu wang emas yang berukir wajah pasangan pengantin. 

Salah seorang tetamu yang hadir bertuah kerana membawa pulang kereta sport, Jaguar. Untungnya siapa yang dapat kereta sport mewah itu.

Bukan itu saja, turut diberikan adalah syiling emas berukir wajah mempelai, lengkap dengan nama, tarikh dan lokasi perkahwinan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

wedding of Jusup & Clarissa Bali – 1st Dec 2018 #jusupclarissa

A post shared by Wedding Viral (@weddingviral) on

Sebelum itu, setiap tetamu disediakan tiket penerbangan menuju Pulau Dewata untuk pernikahan mereka. Malah tiga tetamu dengan gambar dan pakaian terbaik diberikan hadiah iPhone XS Max, ZS dan XR. 

Mesti ramai yang ingin tahu siapakah pengantin lelaki ini sehingga mampu mengadakan perkahwinan yang begitu mewah. Jusup adalah anak bongsu kepada taikun (ahli perniagaan yang kaya raya) Surabaya, Rendra Tjajadi dari  Sidoarjo, Jawa Timur. 

Syarikat milik Rendra ini merupakan salah satu daripada lima syarikat minyak kelapa sawit terbesar di Indonesia. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1982 dan turut menghasilkan produk yang berasaskan minyak kelapa sawit seperti marjerin, sabun dan sebagainya.

Kemewahan yang dipaparkan pasangan pengantin ini bermula daripada saat melamar, bertunang dan mengadakan fotografi pra perkahwinan di lima buah benua. Mungkin ada yang mengatakan ia membazir tetapi jika mereka mampu mengapa tidak, bukan?

Foto: wolipop.detik.com

Foto: video.tribunnews.com

p> 

 

 

Sumber: mStar

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Dec 2017

Berdebar Juga Bila Tengok Ada Yang Menangis

”Berdebar Juga Bila Tengok Ada Yang Menangis”, Pelajar UNIMAP Berusia 23 Tahun Kongsi Pengalaman Jadi Peserta Majlis Khatan

Trending Fri, 3 Aug 2018

云南16岁少女「天生3鼻孔」16年来只能靠嘴巴呼吸

呼吸,是每一分每一秒都在做的寻常动作,但对中国云南一位少女来说,她竟在16岁时,才靠鼻腔吸到第一口氧气。

Featured Fri, 24 Mar 2023

Bakal Guna Khidmat Hakam, Puteri Sarah Tetap Pendirian Ingin Bercerai – ‘Tak Nak Jumpa, Tak Nak Sebilik.. Saya Penat!”

‘Saya tak nak berdamai. Enough is enough!’ – Puteri Sarah.. Apapun min doakan moga segalanya dipermudahkan ya 😢❤️

Featured Thu, 1 Jun 2023
Featured Fri, 2 Sep 2022

Zaidi Omar Dedah Rahsia Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Patutlah nampak muda dan sihat je selalu.. Boleh amalkan petua ni 😁

Featured Fri, 10 Feb 2023
error: Content is protected !!