Susulan wabak Coronavirus yang menyerang bandar Wuhan, Cina. Beberapa buah negara seperti Filipina dan Indonesia telah mengambil tindakan drastik dengan menyekat aktiviti keluar masuk warganegara Cina di negara mereka.
Terbaru, menerusi satu kenyataan rasmi kerajaan Malaysia mengumumkan akan menggantungkan visa warganegara Cina terutamanya penduduk dari wilayah Hubei di Cina. Berita itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad
Kenyataan Akhbar: Kemasukan Pelawat China
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya. pic.twitter.com/hWcho99Yjz
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) January 27, 2020
Thank you Tun- Netizien luah perasaan lega di Twitter
Sehubungan dengan berita itu, rata-rata netizen meluahkan perasaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana mengambil keputusan yang sewajarnya dalam hal ini dan mendengar suara rakyat Malaysia.
Thank you for this. I think this would calm most of the rakyats. Despite the lockdown, the fact that few millions wuhan’s citizen has left the city before the lockdown do make us worry.
— Hazril (@hazril111) January 27, 2020
Good precautionary move Tun. Not all encompassing but selective to those affected regions. I understand your government need to tip toe here & there and balance health of the nation against economic benefits.
— Mohammad Badry Hanafi (@BadryHanafi) January 27, 2020
Finally! Thank you! We need to stop the spreading before it gets worst.
— Alya Zabidi (@alyazabidi91) January 27, 2020
Kerajaan turut mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum. Hal ini kerana terdapat pelbagai desas desus dan berita palsu mengenai koronavirus di media sosial, sekaligus mendatangkan salah faham dalam kalangan masyarakat.