Trending By: Attiqah Mohd October 29, 2020 @ 2:44pm

Tiada Kata Secantik Bahasa Memuji Kemuliaan Rasulullah S.A.W

Muzik sememangnya salah satu cara terbaik untuk berkongsi dan juga menyampaikan dakwah. Ini jelas terbukti, pelbagai lagu dengan pesanan serta ajaran positif yang pernah dipopularkan oleh ramai artis tempatan dan  juga antarabangsa.

Kini, sebuah lagu lama yang pernah dipopularkan oleh biduan teragung Malaysia, Tan Sri P. Ramlee yang berjudul ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’ telah diberikan nafas baru untuk menyampaikan pesanan positif tentang baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Lagu yang memuji kemuliaan Rasulullah S.A.W. ini  dinyanyikan oleh kumpulan nasyid popular Hijjaz, bintang program Mentor musim ketujuh, Pasya serta pasangan penyanyi hip hop Kmy Kmo dan Luca Sickta yang juga merupakan artis rakaman Universal Music Malaysia.


Biarpun lagu ini digubah oleh Tan Sri P. Ramlee sendiri, liriknya ditulis oleh Jamil Bin Sulong, dan versi baru ini pula memaparkan lirik nukilan ahli kumpulan Hijjaz, Isman Nadim bersama-sama dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta juga. Di dalam prosess pembincangan lagu ‘Tiada Kata Secantik Bahasa 2020’, Isman daripada hijjaz katanya, Idea untuk membuat lagu TKSB2020 ini sudah 2 tahun, apabila Hijjaz berada di Madinah membuat umrah, terdetik hati adakah lagu daripada Tan Sri P.Ramlee kalau diubah kepada selawat Nabi S.A.W. adakah peminat peminat ini dapat menerima dengan combinasi 3 genre ini , Rock, Nasyid dan Hip Hop. Apabila  pihak Universal Music berjumpa dan berbincang dengan kami, cadangan ini dapat dikemaskan dengan idea idea yang memberangsangkan. Daripada pihak MonkeyBone juga, idea ini diterima baik oleh artis dan memberi kerjasama yang amat positif.

Gabungan ini di harap peminat di luar dapat menerima kelainan lagu ini dengan berselawat. Sementara itu, Luca Sickta berkata : Muzik adalah Universal, Tiada yang mustahil kalau kita mencuba sesuatu kelainan. Asalkan mesej yang hendak disampaikan dapat mendapat tempat  di hati.


Idea untuk membuat lagu ini telah dirancang oleh Isman Nadim (Hijjaz) dan Penasihat A&R Domestik Universal Music Malaysia, Hermond Cheng.
Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 25 OKTOBER 2020. Video muzik rasmi TIADA KATA SECANTIK BAHASA 2020 boleh dilayari di saluran YouTube Unviersal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Mar 2020

Berita Gembira! Kerajaan Kini Tawarkan Diskaun 2 Peratus Bil Elektrik Sempena Covid-19

Jangan panik, diskaun ini akan diberikan secara berperingkat ye gais!

Featured Fri, 15 Sep 2023
Trending Thu, 4 Jun 2020

Penjarakkan Sosial Juga Perlu Didalam Bilik Guru – KPM

Bukan pelajar je kena patuhi SOP ye

Featured Wed, 24 May 2023