Trending By: Salma Syahbuddin May 24, 2021 @ 1:36pm

Tiada PKP Menyeluruh, PM Mohon Rakyat Buat ‘Self Lockdown’ Elak Jangkitan

Menerusi program Bicara Khas bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, beliau menjelaskan bahawa tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh akan dilaksanakan memandangkan ianya boleh memberi kesan yang buruk dan lebih besar kepada negara terutamanya dari segi ekonomi.

Justeru itu, beliau meminta semua rakyat melakukan sekatan pergerakan kendiri atau self-lockdown bagi memutuskan penularan jangkitan Covid-19.

“Ada yang asyik tanya kenapa tak buat total lockdown? Do your own lockdown, buat self-lockdown, stay at home and tell others to do the same thing kerana apapun usaha yang dibuat tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada SOP ditetapkan”

Beliau juga berkata bahawa pertimbangan antara hidup dan kehidupan, perlu diambil kira sebelum memutuskan pelaksanaan PKP bagi memastikan rakyat tidak terkesan teruk dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan.

“Memang kalau diikutkan, KKM kata memang itu yang terbaik tapi kesan kepada negara, kalau rakyat tidak bekerja, ekonomi dah runtuh dan nak bangunkan semula (seperti PKP 1.0) kerajaan terpaksa belanja RM340 bilion dengan enam pakej rangsangan…”

Justeru itu, beliau menasihati rakyat supaya mengingatkan orang lain untuk berbuat perkara sama kerana apapun usaha kerajaan tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Selain tidak menyalahkan mana-mana pihak dan fokus kepada memutuskan jangkitan wabak ini.

Untuk mengikuti dengan lebih lanjut Bicara Khas bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhhyiddin Yassin boleh lah tonton video di bawah :

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 27 Sep 2019
Trending Sun, 9 Sep 2018

Empat Hari Akaun Instagram Dibuka, Jebat Jayden Kumpul Sebanyak 80,800 Pengikut!

Seminggu kelahirannya, Jebat Jayden sudah pun menjadi perhatian ramai di laman sosial Instagram.

Contest Tue, 6 Sep 2022
Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Tue, 7 Apr 2020

Jangan Ambil Mudah! Covid-19 Mampu Berjangkit Sehingga Generasi Ke-5

Kurangkan berada ditempat atau perhimpunan besar-besaran

Featured Wed, 4 Jan 2023
Trending Fri, 6 Aug 2021