Trending By: Salma Syahbuddin April 7, 2021 @ 4:54pm

Tidak Mahu Dilabel Sebagai K-Clique, ‘Aku Sedar’ Jadi Taruhan Kumpulan Rap Tikar Terbang

Walaupun nama kumpulan ini tidak dikenali seperti kumpulan rap lain, namun Tikar Terbang antara nama yang tidak asing dalam kalangan scene hip hop Malaysia.

Dianggotai 15 orang ahli kumpulan yang terdiri dari anak-anak jati kelahiran Bumi Kenyalang ini, Tikar Terbang sebenarnya telah wujud sejak tahun 2016  lagi.

Sebelum ini, Tikar Terbang telah melancarkan lebih 30 buah lagu di saluran YouTube mereka sendiri dan pada tahun 2021 dengan langkah baru, kumpulan ini telah muncul dengan single terbaru yang bertajuk ‘Aku Sedar’.

Mengetengahkan konsep ‘rap pop energetic modern’ single terbaru ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama syarikat rakaman New Southern Records Sdn. Bhd. (NSR). Tikar Terbang bagaimanapun tidak mahu dilabel sebagai K-Clique yang kedua kerana mereka mahu dikenali dengan cara mereka tersendiri.

Ciptaan sepenuhnya oleh Emansushii, Aku Sedar mengisahkan hubungan seseorang kawan yang di anggap sebagai adik beradik. Ia juga tercipta kerana hubungan antara ahli Tikar Terbang tersebut sendiri seperti adik beradik.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Sep 2021

Noki & MK Bergabung Dalam Payung Pelangi

Dua nama besar ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana kredibiliti mereka sebagai penghibur lebih lagi sebagai penyanyi rap sudah diketahui umum. Noki dan juga MK merupakan ahli kumpulan K-Clique yang mempunyai pengaruh besar di dalam […]

Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] “Tak Kisah Menantu Tak Pandai Masak, Bangun Lambat.. Asalkan Perlu Berpendidikan & Jadi Usahawan…” – Bonda Rozita Ibrahim

‘Jadi perempuan, cerai mati atau hidup, lelaki sayang atau tak.. kita perlu ada standard’ – Bonda Rozita

Featured Mon, 26 Jul 2021

“Nampak Murah, Tak Ada Bajet Ke..” – Chef Wan, Che Ta Kritik Penampilan Kontinjen Malaysia Di Olimpik

Pembukaan sukan Olimpik di Tokyo baru baru ini berjaya mencuri perhatian dunia. Tidak ketinggalan adalah kontinjen Malaysia yang turut sama muncul pada majlis pembukaan di Tokyo baru-baru ini. Namun begitu, busana yang digayakan oleh atlet […]

Trending Fri, 29 Jan 2021
Featured Sun, 2 Oct 2022

Genap 5 Bulan, Mira Filzah Kongsi Gambar Anak 

MasyaAllah, comelnya Amir 🥰🥰 Copy paste Mira Filzah sangat nii 🤩🤩 Semoga membesar dengan sihat sayang ❤️