Trending By: Salma Syahbuddin August 6, 2021 @ 7:26pm

Tidak Perlu Terburu-Buru Beri Kelonggaran Pergerakan – Pakar

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media khas yang dibuat pada Jumaat bahawa, keputusan mempertimbangkan kelonggaran dan pengecualian pergerakan bagi individu lengkap dua dos suntikan vaksinasi Covid-19 tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

Hal ini kerana, kelonggaran pergerakan kepada individu yang sudah mendapat pelalian lengkap wajar diberikan selepas tahap liputan vaksin mencapai sekurang-kurangnya 40 peratus.

Menurutnya, keadaan semasa di negara lain seperti Israel, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang melaksanakan kelonggaran sama menyaksikan mereka berdepan dengan peningkatan semula kes Covid-19 dan ini adalah sesuatu yang membimbangkan memandangkan kes pada hari ini juga menunjukkan peningkatan iaitu 20,889 kes.

“Negara perlu belajar daripada kesilapan mereka dan tidak perlu terburu-buru untuk memberi kelonggaran pergerakan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melaporkan akan memberikan kelonggaran buat penerima lengkap suntikan vaksin termasuklah kebenaran merentas negeri, daerah dan dine-in.

ARTIKEL BERKAITAN : Kelonggaran Rentas Negeri Buat Individu Lengkap 2 Dos Suntikan Vaksin Akan Diketahui Pada…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 28 Nov 2022
Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Hiburan Sat, 12 Nov 2022

“Tajam Sangat Ke Bahu Saya Bang?” – Gelagat Aedy Ashraf & Peminat Buat Netizen Terhibur

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon Aedy Ashraf yang sering kali membuat ramai tak keruan melihat ketampannya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna TikTok iaitu @nis4s0 yang merakamkan aksinya sedang bergambar […]

Featured Fri, 5 May 2023
Selebriti Tue, 16 Apr 2024
Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Featured Wed, 12 Jan 2022

Air Mata Nia Ramadhani Berlinangan Apabila Dijatuhi Hukuman Penjara

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani atau nama sebenarnya Ramadhania Ardiansyah Bakrie bersama suami, Ardie Bakrie dan pemandu mereka Zen Vivanto  dijatuhi hukuman penjara selama setahun atas penyalahgunaan dadah. Menurut laporan media tempatan, pelakon drama Bawang […]