Trending By: SGMS Faida December 4, 2018 @ 7:43pm

Tiga Maut Akibat Letupan Di Kompleks City One Megamall

Tiga maut dihempap runtuhan siling restoran dalam kejadian letupan di Kompleks CityOne Megamall, Kuching. 

Dua daripada mangsa yang maut itu adalah pekerja restoran berkenaan, manakala seorang lagi pekerja pembinaan yang terbabit dalam kerja pengubahsuaian restoran itu.

 Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman, berkata seramai 26 lagi mangsa cedera dengan empat daripadanya parah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, lima adalah wanita dan identiti semua mangsa termasuk tiga yang maut masih belum dikenal pasti.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 3.37 petang sebelum sepasukan lebih 30 anggota termasuk HAZMAT dan EMRS dikejarkan ke lokasi.

“Daripada tiga lelaki yang maut itu, dua adalah penduduk tempatan, manakala seorang berasal dari Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, kejadian itu dipercayai berlaku akibat letupan tong gas untuk kerja kimpalan.

Khirudin berkata, kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu berlaku ketika kerja pengubahsuaian sedang dilakukan.

” Difahamkan, restoran berkenaan akan dibuka secara rasmi esok dan hari ini pekerja restoran berkenaan serta pekerja kontrak sedang sibuk membuat persiapan akhir.

“Sebahagian daripada mangsa adalah pengunjung kompleks yang kebetulan melalui restoran berkenaan ketika letupan berlaku,” katanya.- BH Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Thu, 30 Nov 2023
Trending Thu, 19 Sep 2019

Datuk 61 Tahun Kantoi Hantar Surat Cinta Pada Darjah 6

Tak tahu nak gelak ke nak menangis.. Ke tersalah hantar surat tu

Trending Thu, 12 Dec 2019

Ayah Sarung Kostum Arnab Duduk Tepi Jambatan Sambil..

Ramai yang pilu melihat akan situasi ini

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Bazir Masa Nak Fikir Pasal Cinta, Yeah Aku Sakit!” – Muat Naik Video Di IG, Mimi Lana Cetus Spekulasi

Pelakon Mimi Lana sekali lagi mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya seolah-olah memberikan gambaran mengenai perasaannya pada ketika ini. Menerusi hantaran tersebut, Mimi kelihatan sedang duduk di atas katil sambil […]

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Fri, 5 Mar 2021
Trending Fri, 23 Oct 2020