Trending By: Padin February 5, 2022 @ 4:01pm

Tiket Mini Showcase Habis Dijual – Dolla Janji Beri Kejutan, Tingkat Mutu Vokal

Kumpulan Dolla bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai Dolla Mini Showcase.

Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di Nero Event Space, PJPAC, 1Utama.

Malah, tiket-tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) dan RM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022.

“Kami berasa sangat gembira kerana akhirnya diberi peluang membuat pertunjukan kami sendiri untuk para iDolla kami. Lagipun, kamilah puteri-puteri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kami muncul semasa PKP dilaksanakan. Jadi peluang ini sangat berharga buat kami,” jelas Angel mewakili kumpulan Dolla.

Idea untuk membuat showcase ini pula merupakan cadangan pihak syarikat rakaman mereka, iaitu Universal Music Malaysia.

“Idea syarikat rakaman kami ini memang bagus kerana kami memang tak pernah bertemu peminat setia kami yang dikenali sebagai iDolla secara langsung. Gara-gara muncul sewaktu PKP, kami hanya dapat berinteraksi di alam maya. Jadi showcase ini satu peluang untuk mendekati mereka dan berinteraksi secara langsung,” ujar Syasya pula tentang persembahan ini.

Selain persembahan dalam beberapa versi lain serta mutu vokal yang dipertingkatkan, terdapat beberapa kejutan lain yang bakal dipertontonkan.

“Ada banyak kejutan yang akan kami tampilkan namun kami tak mahu beritahu kerana ia tidak akan menjadi istimewa jika kami beritahu sekarang. Jadi nantikan malam showcase nanti,” jelas Tabby pula selaku wakil kumpulan Dolla.

Angel yang berharap tiket persembahan habis dijual secepatnya sangat teruja mendengar khabar gembira itu.

“Kami benar-benar terkejut dan tidak menyangka tiket kami akan laku dan habis dijual begitu cepat. Jadi kami harap para peminat kami khasnya iDolla akan menikmati malam tersebut saat melihat kami membuat persembahan secara langsung untuk pertama kali khas di depan mereka. Kami juga tak sabar nak berjumpa peminat kami semua,” ujar Angel menutup bicara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Nov 2022

“Saya Belajar Nak Jadi Baik” – Lisa Surihani Akui Penghijrahan Berdepan Pelbagai Dugaan

Pelakon cantik, Datin Lisa Surihani yang kini tampil dengan penampilan lebih sopan mengakui tidak mudah untuk kekal istiqamah. @pendosahijrahhh ❤️❤️❤️ #lisasurihani #muhasabahdiri #pendosa #majlisilmu #fakirilmu #hijrah ♬ Sang Dewi Cover by Igan Andhika – Igan […]

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artis mana yang suka buat publisiti murahan???

Trending Sat, 10 Nov 2018

不是帅哥也可以!男人5大特质让女生好想跟你在一起

既然称不上是大帅哥了,更要养成其他方面的魅力才行,这5个条件只要做足了,事实上也没什么好挑剔了……

Featured Thu, 20 Apr 2023
Trending Fri, 28 Dec 2018

Indonesia Tingkatkan Status Berjaga-Jaga Gunung Berapi

Pemindahan secara besar-besaran yang telah dilaksana membabitkan kira-kira 20,000 orang, berdasarkan angka pada Rabu.

Featured Mon, 27 Mar 2023
error: Content is protected !!