Trending By: Salma Syahbuddin April 15, 2020 @ 11:15am

Tindakan Anggota Polis Beri Nasihat Dan Beli Jualan Kanak-Kanak Ini Undang Sebak Netizen?

Cukup sedih!

Tular dilaman sosial Facebook, apabila rakaman anggota polis menasihati sekumpulan kanak-kanak yang dilihat mengingkari arahan PKP semalam bukan sahaja meruntun hati netizen tetapi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga turut terkesan.

Beliau berkata, anggota terbabit sudah menjalankan tugasnya dengan baik ketika memberi amaran kepada kanak-kanak berkenaan.

Sumber: Google

Dan, tindakannya itu dilihat sebagai satu tanggungjawab yang murni memandangkan kesemua mereka masih kecil dan belum matang selain keadaan mereka yang cukup bersederhana ketika melanggar PKP.

“ Itu semua demi kebaikan mereka juga dan pada masa yang sama beliau (anggota) memenuhi nilai insani yang tinggi dengan membeli jualan anak terbabit

“ Saya percaya beliau tidak memerlukannya, tapi hanya sebagai tanda kasih dan simpati, terasa sebak apabila melihat sikapnya yang mulia itu

Malah, beliau juga percaya kebahagiaan kanak-kanak itu, melebihi sebahagian besar anak-anak orang di bandar dan kegembiraan itu boleh hadir dalam pelbagai rupa.

Saya menonton video ini, saya dapati ada beberapa sisi yang menarik. Pertama, pegawai PDRM berkenaan telah menjalankan tugas dengan baik. Memberi amaran dan juga memberikan maklumat kepada anak-anak yang kita kasihi ini. Itu semua untuk kebaikan mereka juga. Kedua, dalam masa yang sama juga beliau memenuhi nilai insani yang tinggi sebagai seorang insan dengan membeli jualan anak tersebut. Saya percaya beliau tidak memerlukannya tapi sebagai tanda kasih dan simpati. Terasa sebak apabila melihat sikap yang mulia itu. Marilah kita doakan agar ALLAH memberikan beliau rezeki yang luas.Ketiga, di sudut anak-anak tersebut, dari penampilan mereka, kita lihat tersangat sederhana kehidupan yang mereka sedang lalui. Tanpa kasut di kaki dan pakaian yang amat biasa. Mungkin mereka juga tiada hiburan seperti kebanyakan anak-anak kita. Alam adalah kehidupan mereka. Saya percaya ALLAH memberikan kegembiraan dunia kanak-kanak mereka mungkin melebihi sebahagian besar anak-anak orang di bandar. Kegembiraan itu boleh hadir dalam pelbagai rupa. Namun, zahirnya, mereka dalam keadaan yang sukar dari segi kebendaan. Barangkali peristiwa itu menjadi kenangan dalam hidup mereka. Marilah kita doakan agar ALLAH memberikan masa depan yang baik untuk semua anak-anak tersebut.

Posted by DrMAZA.com on Monday, April 13, 2020

Terdahulu video rakaman berdurasi 2 minit 44 saat itu menunjukkan sekumpulan kanak-kanak merayu kepada pihak berkuasa agar diberikan peluang kerana mengingkari PKP.

Pada rakaman itu, salah seorang daripada kanak-kanak terbabit dilihat menjual sebakul makanan ringan sebelum kesemuanya dibeli oleh anggota berkuasa berkenaan sebagai tanda belas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Mar 2023
Featured Mon, 31 May 2021

Toh Puan Julie Faridah, Pelakon Keluarga 69 Meninggal Dunia

Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak ‘Faridah’ menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad.

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Mon, 12 Sep 2022

[VIDEO] “Ini Yang Ditunggu!” – Netizen Teruja Anna Jobling Tersasul Panggil Meerqeen ‘B’

Tepi sikit, pasangan bahagia nak lalu ni hehe 🤪 Bersemut timeline min semalam tengok MeerNa dekat Terpaling Juara! 🥰🥰

Featured Fri, 17 Feb 2023
Trending Fri, 3 Jul 2020
Featured Wed, 9 Mar 2022

| Live TV