Trending By: Padin June 22, 2021 @ 9:31am

Tindakan Edar Produk Di SJR Jadi Pertikaian Netizen, Ini Penjelasan Empunya Badan

Heboh di laman sosial Twitter memperkatakan mengenai sepotong video yang merakam aksi seorang lelaki mengedar bungkusan produk kepada pemandu-pemandu yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Pulau Pinang.

Malah, ketika video dirakamkan, kelihatan juga beberapa orang anggota polis yang sedang menjalankan tugas di SJR terbabit.

Tindakan lelaki yang dipercayai pengasas jenama kecantikan itu menimbulkan persoalan dan pertikaian dalam kalangan warganet mengenai status kebenaran yang diterima individu itu untuk mengedarkan produknya di SJR.

Netizen menyifatkan tindakan demikian sedikit sebanyak mampu menganggu tugas pihak polis sewaktu menjalankan operasi SJR tersebut.

Malah, tindakan lelaki itu juga mendapat perhatian beberapa portal yang melaporkan isu sama.

Menerusi carian di internet, lelaki dalam video terbabit adalah Iddin Syah dan dia merupakan pengasas produk kecantikan ESW.

Meleraikan kekeliruan, Iddin memberikan penjelasan panjang lebar di salah sebuah hantaran terbaru di laman Instagram peribadi miliknya.

Menurut Iddin, dia sudah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran pihak polis sebelum mengedarkan vitamin di SJR dan beberapa kawasan sekitar Pulau Pinang.

Memuat naik surat yang sudah mendapat pengesahan pihak berkuasa, berikut merupakan hantaran Iddin di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER ESW (@iddinsyah)

Iddin berharap penjelasan yang diberikan dapat menghentikan spekulasi yang tular berkenaan tindakannya.

Di ruangan komen, ramai yang memuji usaha Iddin dalam sama-sama membantu dalam cara tersendiri dalam situasi penularan Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Feb 2022

Selamat Bernikah Kali Kedua, Azlee Khairi Anggap Diri ‘Bertuah’

Tak senua perkara boleh di share kat public okay!

Featured Sun, 7 May 2023
Trending Tue, 5 Jan 2021

Kaedah Pembayaran i-Sinar Dan Tarikh Rasmi Pembayaran

Buat pemohon i-Sinar, korang wajib baca info ni!

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
familuv Wed, 1 Jun 2022

Aril Pilus Tersentuh Tahu Maksud Surat Tulisan Mandarin Daripada Anak

Anak Aril Pilus beri surat sehingga membuatkan dirinya terharu.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Penangan Viral… Pasangan Meor & Fazliana Disandingkan Untuk Kali Kedua Di #RewangRakyatRangers, Hot FM Siap Bawa Shila Amzah Menyanyi Lagi!

Kisah seorang pengantin lelaki, Meor Izz Rasydan, 27, yang terpaksa bersanding bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin bagi menggantikan pengantin perempuan iaitu Fazliana Sjafni, 28, yang tidak dapat hadir akibat dijangkiti wabak Covid-19 menjadi […]

Featured Sun, 12 Nov 2023

Anggun Mengenakan Busana Merah Hati, Rossa Sera Akhirnya Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Tahniah! Moga pilihan hati kali ini kekal hingga ke syurga❤️❤️