Trending By: SGMS Faida March 16, 2018 @ 1:42am

TMJ Letak Jawatan?

Sebelum ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tetapi status yang dimuatnaik menerusi akaun Johor Southern Tigers memberi petanda betapa beliau serius untuk melepaskan jawatannya.

Berikutan kejatuhan ranking skuad kebangsaan yang menjunam tiga lagi anak tangga, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi berdepan tamparan hebat selepas Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatan malam tadi.

“Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh tiga anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar! Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. 

“Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bolasepak Malaysia. Selamat maju jaya. 

“Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya..Daddy’s home!,” katanya menerusi akaun terbabit, sebentar tadi.

Dalam masa sama, Tunku Ismail mengakui sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatannya terutamanya selepas berjaya menstrukturkan semula persatuan itu termasuklah mengubah senario bola sepak tempatan sehingga menjadi lebih berdaya saing.

“Sepanjang saya menjadi Presiden FAM, saya telah memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang kepada bola sepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang untuk bola sepak negara seperti melakukan kerjasama bersama La Liga.

“Saya juga telah memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan. 

“Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila buat pertama kalinya setiap pasukan bertanding telah menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran dimana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada kerajaan.

“Dalam pada itu, skuad B-23, B-19 dan B-16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kalinya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Oct 2021

“Sedih, Kesal, Kecewa Dalam Uber Cup Kali Ini, Tapi…” – Teoh Mei Xing Luah Perasaan Di Instagram

Pasukan badminton wanita kebangsaan menamatkan kempen Piala Uber dengan pelbagai pengalaman yang dipelajari setelah tewas dengan pasukan dari China, Denmark dan Canada. Menurut pemain badminton kebangsaan, Teoh Mei Xing, dia sedih, kesal dan kecewa tetapi […]

Hiburan Wed, 11 Oct 2023

“Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

Alamak makin panas isu jual rumah ni.. Semoga perkara ni boleh selesaikan dengan cara baik sesama adik beradik

Trending Thu, 22 Mar 2018

Malaysian Engineer and Flag Mistaken for ISIS in America

A Malaysian engineer was accused for turning the American flag into an ISIS flag. But actually…

Trending Mon, 7 Sep 2020
Featured Tue, 16 May 2023

“Tak Tengok Jadual Terus Locked!”- Floor 88 Tak Sabar Kongsi Pentas Dengan Wali Band

Tak sabar nak tengok Konsert Wali Band x Floor 88 Sabtu ni!