Trending By: SGMS Faida July 24, 2018 @ 1:32am

Tolong Henti Fitnah, Roti Tak Uli Guna Kaki!

Tolong jangan fitnah! Demikian rayu seorang pemilik restoran yang memohon seorang individu agar menghentikan segala tohmahan tak berasas terhadap kedainya.

Kata Fazli Rizal Anwar Khan, individu berkenaan didakwanya sengaja memburuk dan memfitnah bahawa kedai makannya kotor dan dicemari puntung rokok.

“ Dia menyebarkan berita palsu di laman sosial termasuk di WhatsApp. Saya perlukan penjelasan daripada dia atas isu ini,” katanya.

Menceritakan bagaimana masalah ini bermula apabila individu berkenaan datang ke kaunter bayar dan berjumpa pekerja di kaunter.

“ Dia kata nasi goreng kampung dibeli dari kedai saya tercemar dan ada puntung rokok dalam nasi goreng itu lalu meminta RM500 sebagai ‘upah’ untuk tutup mulut.

“Pekerja saya panggil tukang masak wanita dan bertanya adakah dia ke masak nasi goreng tersebut, tapi kakak tu kata malam itu dia belum terima lagi tempahan untuk nasi goreng kampung, tiada pelanggan yang tempah nasi goreng kampung,” katanya.

Tambahnya, sebaik sahaja perkara itu dimaklumkan, pelanggan lelaki tersebut terus keluar daripada kedai.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia menerima aduan mengenai sebuah akaun Facebook yang dipercayai dimiliki seorang wanita dengan  memburukkan kedainya yang sudah beroperasi sejak tahun 2009.

“Wanita itu menulis perkara yang hampir sama dengan lelaki sebelum ini, kononnya nasi goreng kampung di kedainya ada puntung rokok dan saya cuba hubungi pemilik akaun tapi dia tak membalasnya.

“Dalam beberapa jam selepas itu saya dapati kenyataan tersebut telah dipadamkan. Walaupun dia sudah memadamnya tapi tindakan tersebut salah sedangkan perkara itu tidak betul serta menyebabkan perniagaan saya terkesan.

“Saya meminta dia membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook seperti dia melakukan fitnah terhadap kedai saya. Jika dia gagal berbuat demikian, kemungkinan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, kerana saya mempunyai bukti,” katanya.

Selain itu, Fazli juga ingin menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang kini tersebar mengenai tuduhan kononnya pekerja di restorannya menguli tepung canai menggunakan kaki.

“Sejak beroperasi saya gunakan doh roti canai yang sudah siap untuk membuat roti canai dan pekerja tak pernah uli sendiri tepung doh sebab hanya guna doh sudah siap dijual di pasaran oleh pemborong.

“Saya sangat kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab ini, saya mendesak supaya mereka ini tampil memberi penjelasan dan apa niat mereka sebenarnya. Jangan sesuka hati nak tabur fitnah, benda yang tidak betul jangan sengaja nak reka cerita,“ katanya. -Sinar Harian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Jan 2018

Mommy-to-be Siti Nurhaliza Rai Birthday ke-39

Tanggal 11 Januari lalu, genap usia 39 tahun penyanyi tersohor dan kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Taruddin. Hari jadi tahun ini memang sangat bermakna buat penyanyi cantik ini sebab Mac nanti Siti bakal menimang […]

Trending Sat, 6 Apr 2019

MBO联手全马同济会邀3400弱势儿童观赏《小飞象》

MBO院线携手非政府组织同济会邀3400位弱势儿童,一起观赏电影《小飞象》。

Featured Thu, 7 Jul 2022

“Kalau Dah Bernafsu, Berdiri Tegak Pun Nampak Ghairah…” – Beby Acha Akui Susah Nak Tutup Mulut Netizen

Tarian gelek sangat sinonim dengan penyanyi dangdut sehinggakan ada segelintir masyarakat yang menganggap ia mampu mendatangkan perasaan ghairah dalam kalangan penonton. Namun, menurut penyanyi Beby Acha atau nama sebenarnya, Nur Aishah Md Shari, 31, perkara […]

Featured Sat, 22 Jan 2022