Categories: Trending

Tolong Warga Emas Bakar Sagu & Promosi Budaya Sarawak, Nabila Huda Dipuji Netizen

Pelakon Nabila Huda dipuji netizen terutamanya warga Sarawak kerana membantu seorang nenek membakar sagu baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook (MY MUKAH), mereka turut berterima kasih kepada pelakon itu kerana telah mempromosikan budaya Sarawak

“Pelakon terkenal Nabila Huda belajar dan menolong seorang nenek membakar sagu. Terima kasih Nabila kerana banyak mempromosikan kebudayaan Sarawak,” katanya menerusi laman Facebook itu.

Perkongsian itu turut dikongsi oleh Nabila dan dikongsikan menerusi laman Instagramnya.

“She viral lagi..HAHAHA! “Aku pasti dik, satu hari kau akan terkenal kat Borneo. Satu Sarawak kenal kau.

“Hari tu bertaruh nyawa dengan buaya, now she tolong nenek..Rasanya dah boleh cari tanah kat Sarawak buat rumah kot..😝 #EnakDiBorneo,” tulis Nabila.

Baru-baru ini, turut tular di mana pelakon itu memberanikan diri untuk meluncur di sebuah sungai di sana yang dikatakan mempunyai banyak buaya.

Rata-rata peminatnya memuji dan kagum dengan keberaniannya dalam mencuba sesuatu yang baru sepanjang di Sarawak.

“Seriau tengok meluncur kat sungai Sarawak, tapi you are the best,” tulis seorang peminatnya.

“Abil, saya sebenarnya jealous dengan awak tau…. semua celah Sarawak awak dah pergi.. Saya ni asal Sarawak pun tak pernah lagi sampai Bario… Teringat awak pernah sampai Bario… Mukah ni saya pernah pergi cun Pesta Kaul bulan April,” puji seorang netizen.

Fatin Nurain