Trending By: Fatin Nurain May 8, 2022 @ 2:24pm

Tragedi Malam Raya Kedua, Mata Harris Annuar Berbalut Kerana Jatuh Basikal

Pelakon Harris Annuar, sekali lagi mendapat perhatian netizen selepas mendedahkan foto matanya berbalut dengan kain kerana jatuh basikal.

Menurut Harris, dia pasrah dengan kejadian malang kali kedua yang berlaku pada dirinya.

“‘Hari itu dah tebuan kali ini haihhh. Itulah orang cakap jangan main basikal waktu-waktu raya degil.

“Tragedi malam raya kedua. Alhamdulillah tiada kecederaan yang serius. Calar sikit saja,” katanya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti lain yang turut mendoakan kesembuhan Harris.

Antaranya Catriona Ross, Hun Haqeem dan Ozlynn.

“Ya Allah semoga cepat sembuh,” komen pereka fesyen, Hatta Dolmat.

“Weh apa sudah jadi,” komen Ozlynn.

“Harap mata awak okay ya Aboy,” komen Catriona Brian Ross.

Selain itu, Harris turut memaklumkan sakitnya itu sudah hampir sembuh.

“Okay muka dah okay sikit. Cuma parut sahaja yang ambil masa sikit,” maklumnya.

Sebelum ini, Harris mendapat perhatian warganet kerana bibirnya bengkak disengat tebuan.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023

Netizen Tanya Bila Nak Kahwin 2… Respons Isteri Aliff Syukri Buat Ramai Setuju – “Pindahkan Semua Aset Dulu…”

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi momen dan gelagat lucu bersama dengan keluarganya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, Aliff turut terkena tempias yang disoal […]

Trending Tue, 15 Oct 2019

“One of the Most Intricate Creations”, Sarawak’s Kek Lapis Became the Spotlight of a Famous British Baking Show

Food has always been a pride for Malaysians; and when any of our foods got featured on the big screen, everyone went wild!

Featured Thu, 6 Apr 2023

“Ada Saksi Lihat Hafidz & Athira Di Bazar Ramadan” – Nurul Shuhada

Jaga-jaga ada mata yang memerhati🧐🧐🧐