Trending By: Padin December 28, 2021 @ 6:37pm

Tragedi Pitam Atas Pentas Viral Di TikTok… Usahawan Muda Ini Didakwa Buat Gimik, Ada Netizen Tuduh Tak Sensitif Mangsa Banjir

Insiden yang melibatkan usahawan muda, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, 27, yang pengsan di atas pentas ketika berucap di sebuah acara menjadi buah mulut netizen.

Perkongsian seorang pengguna TikTok bernama @mummy_myra yang merakam tragedi terbabit meraih pelbagai reaksi warganet.

Ruangan komen video yang meraih lebih 1.1 juta tontonan di TikTok itu dibanjiri dengan kritikan yang mendakwa Iddin hanya berpura-pura pengsan demi kandungan di laman sosial.

Malah, ada juga yang bersifat keterlaluan dan menuduh Iddin tidak sensitif kerana membuat gimik ketika negara berhadapan dengan krisis banjir.

Menjawab kata-kata nista wargamaya, Iddin yang merupakan pengasas produk kecantikan ESW itu menafikan segala tuduhan.

“Saya jarang menghabiskan masa membaca berita atau komen negatif, lebih-lebih lagi pada waktu macam ni sebab untuk berjaya, kita kena positif dan spread positivity.

“Tapi hari ni ni membuatkan saya tersentak apabila ramai staf dan anak team saya, share screenshot komen netizen yang mengecam insiden saya tumbang ketika membuat ucapan penutup di acara ESW Grand Nomination dan Pelancaran Activ White baru-baru ini.

“Cara netizen fikir ni kadang tak masuk akal. Untuk apa saya buat-buat jatuh demi content marketing? Ingat bahu saya ni ada insurans ke boleh dapat pampasan berjuta kalau terjadi apa-apa? Yes, walaupun saya memang ambil insurans nyawa.

“Dalam hidup anda, takkan tak pernah rasa penat tahap lemau? Ke tak pernah? Oh lupa, orang yang tak pernah penat ni cara hidup mereka mungkin pi kerja pagi, petang tak dan pukul 5 petang dah cabut lari!

“Dekat tempat kerja curi tulang tidur dekat desk atau surau agaknya! Manalah depa nak faham kehidupan usahawan seperti saya mahupun usahawan berjaya yang lain, yang mempunyai belasan ribu ejen dan stokis,” tulisnya.

Iddin juga menjawab dakwaan netizen mengatakan dia tidak sensitif dengan mengadakan gimik ketika negara sedang berhadapan dengan bencana banjir.

“Ini bukan tanggungjwb macam ikan bilis. Mana nak jaga perniagaan, team yang ramai, isteri, anak, keluarga dan kerja-kerja CSR lagi?

“Ada juga netizen kutuk cakap saya tak sensitif buat gimik waktu orang tengah susah hadapi banjir. Pertama, ini bukan gimik. Kedua, kalau anda follow saya, anda tahu apa yang saya dan team ESW dah buat utk bantu mangsa. Saya pernah post apa yang kami bantu serba sedikit. Tak perlu saya nak bentang resit beli barang tepek di Instagram nak puaskan hati semua. At the end of the day saya juga manusia biasa. Sejauh mana saya push diri saya, pasti akan ada satu saat saya merasa penat.

“Jadi daripada jadi netizen yang kerjanya mengecam saja, eloklah jadi netizen yang berminda positif. Kepada yang meninggalkan komen positif, terima kasih banyak-banyak atas kata-kata semangat kalian,” tulisnya.

Menurut Iddin menerusi hantaran sebelum ini, kondisi badannya agak penat kerana tidak cukup rehat.

“Jadual terlalu pack dengan meeting back to back, preparation untuk seminar membabitkan 360 ejen dan stokis termasuk penganjuran majlis ESW Grand Nomination Award dan pelancaran produk terbaru, Activ White.

“Sampai di Kuala Lumpur dua minggu sudah, kita dikejutkan pula dengan tragedi banjir kilat yang meragut nyawa dan kemusnahan teruk bagi sesetengah tempat. Sebagai rakyat yang prihatin, team ESW turut sama membanting tulang memberi bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam dan Hulu Langat,” jelasnya.

Video sama turut di kongsikan di laman Twitter dan meraih lebih 90,000 tontonan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Jun 2020

Penjarakkan Sosial Juga Perlu Didalam Bilik Guru – KPM

Bukan pelajar je kena patuhi SOP ye

Acara Tue, 23 Aug 2022

Jasmine Suraya Tertarik Untuk Dekati Islam

Jasmine Suraya mahu dekati Islam

Trending Sun, 1 Jul 2018

Presiden Umno Hadir Ke SPRM

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu semalam.

Featured Wed, 2 Feb 2022
Featured Tue, 21 Jun 2022
Trending Sat, 1 Dec 2018
Featured Mon, 8 Aug 2022

Dakwa Filem Gadis Jolobu The Movie Karya ‘Infinity Sh*t’, Penerbit Bakal Saman YouTuber

Uishh, paling teruk YouTuber ni rate filem Gadis Jolobu 😣🔥 Apa pendapat korang?

Trending Fri, 12 Apr 2019

Niat Nak Bergurau, Kecaman Pula Yang Dapat!

Hairul bergurau je tu, dia kan memang happy go lucky orangnya.

| Live TV