Trending By: SGMS Enal November 4, 2018 @ 11:27am

Tragis, Ikat Badan Bersama, Dua Beradik Maut Terjun Ke Sungai

Tragis, mayat dua wanita muda dijumpai terikat bersama dengan pita pelekat di sekeliling pinggang dan pergelangan kaki mereka setelah melompat ke dalam Sungai Hudson disebabkan enggan pulang ke Arab Saudi.

Ketua Detektif Jabatan Polis New York City, Dermot Shea memberitahu pada satu sidang akhbar, kedua-dua beradik itu Tala Farea, 16, dan Rotana Farea, 23, mungkin memasuki air ketika masih bernyawa dan dikatakan memilih untuk membunuh diri berbanding kembali ke negara berkenaan.

“Pada masa ini kita tidak mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa terdapat unsur jenayah berlaku di New York City, tetapi kes ini berada dalam penyiasatan,” kata Shea.

Shea berkata, sumber di Virginia memberitahu para detektif bahawa dua wanita yang mayatnya ditemui oleh seseorang yang melintas di kawasan itu pada 24 Oktober: “lebih suka membahayakan diri mereka dan membunuh diri daripada kembali ke Arab Saudi”.

Detektif menggunakan testimoni saksi kejadian, bukti video dan penggunaan kad kredit kakak sulung yang digunakan untuk membeli makanan, hotel dan pengangkutan bagi menentukan sama ada terdapat kemungkinan perbuatan khianat terlibat dalam kematian mereka.

Kedua-duanya kali terakhir dilihat oleh keluarga di Virginia pada 30 November 2017.

Difahamkan, mereka kemudian dilaporkan tinggal di sebuah rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga sehingga akhir Ogos dan tiba di New York City pada 1 September sebelum menginap di beberapa hotel mewah, kata Shea.

Seorang saksi memberitahu detektif bahawa pada 24 Oktober lalu sekitar 7 pagi waktu tempatan, dia melihat dua wanita berlutut pada jarak sekitar 30 kaki dekat Sungai Hudson, di mana mereka berdoa dengan kuat selama kira-kira 15 minit.

Polis berkata, adik-beradik itu yang pernah tinggal di Amerika Syarikat selama dua hingga tiga tahun, dikatakan telah mengalami penderaan fizikal dan mungkin memohon suaka perlindungan Amerika Syarikat.

Punca kematian dalam kes ini masih belum ditentukan.

Sumber : Mirror UK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 2 Jan 2019

「灾难级厨师」杰作!恐怖程度让你从此对自己厨艺更有信心

你对自己的厨艺完全绝望了吗?别这样啦,来看看这些网友们的烹饪成果,保证会让你信心大增!

Featured Wed, 1 Mar 2023

Padam Semua Hantaran Di IG, Ella Akan Berhenti Menyanyi? – “Terima Kasih Untuk 35 Tahun”

Alamak, ratu rock kita nak bersara ke? 😭🤧Jangan laaaa 😮‍💨 Min harap ini semua prank! 🤧😭

Trending Sat, 29 Sep 2018

转起来!宝可梦X卡娜赫拉扭蛋可爱让人融化

两个愿望一次满足,宝可梦又要与超可爱的卡娜赫拉合作啦,而且是冲着扭蛋机来!

Trending Mon, 12 Apr 2021
Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Wed, 26 Jul 2023