Pelakon, Penyanyi dan Pengacara Melodi, Janna Nick dilihat mengambil tindakan terhadap individu atau pemilik akaun yang mencetuskan fitnah dan provokasi di laman sosial terhadap dirinya.
Menerusi satu hantaran dilaman Twitter miliknya, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,26, memaklumkan bahawa segala screenshot mengenai mesej berbaur fitnah dan provokasi itu telahpun diambil untuk siasatan dan tindakan undang-undang.
Bukan itu sahaja, dengan hashtag #JANNANICKGOINGTOJAILPARTY, nama Janna Nick sekali lagi menjadi trending di laman Twitter hari ini.
Terdahulu, Janna pernah terpalit dengan kontroversi bersama Sharifah Sakinah apabila didakwa mempersendakan kematian salah seorang anggota Kumpulan K-Pop popular SHINee iaitu Jonghyun.
Malah, beberapa hari lepas Janna sekali lagi dilihat menghina anggota Kumpulan Blackpink dengan menyamakan Lisa dengan emoji b**i di ruang komen instagram miliknya sehingga mencetuskan kemarahan peminat K-pop sehingga ke hari ini.
Timbulkan kemarahan peminat k-pop!
Rata-rata peminat K-Pop nampaknya meluahkan rasa tidak puas hati mereka menerusi hantaran-hantaran dilaman Twitter, dan ada segelintir diantara mereka yang mahukan Janna Nick menghormati orang lain tanpa perlu menunjukkan tindakan sinis secara terbuka.
Dont worry blinks you have armys too i hope janna can solve this quickly before it become even worse. To all non malaysian kpopers….please dont hate us bcs of one person #JANNANICKGOINGTOJAILPARTY pic.twitter.com/PiqeIsYAhI
— AiniTheFries (@AiniThe) February 22, 2021
YOU CANT FIGHT THESE POWERFUL QUEENS AND KINGS AND THEIR FANDOMS !!! #JANNANICKGOINGTOJAILPARTY ( rest in peace jonghyun 😔 ) pic.twitter.com/Q8BOkp9thZ
— camie⁷ :3 (@taesfluffyhairr) February 22, 2021
If you want people to respect you, you have to respect people first❗️#JANNANICKGOINGTOJAILPARTY #JannaNick pic.twitter.com/iRzdRaShFU
— 𝚜𝚑𝚊𝚏𝚒𝚚𝚊𝚑𝚜𝚞𝚑𝚊𝚒𝚖𝚒 (@queenshafffff) February 22, 2021
r u happy, janna? #JANNANICKGOINGTOJAILPARTY pic.twitter.com/xPYVCYZ1Ts
— jjeun (@jjneunn) February 22, 2021
she just need to apologize sincerely coz it’s obviously her fault but she choose to s/ue us hmmmn she plays victim very well i see#JANNANICKGOINGTOJAILPARTY pic.twitter.com/SPbVtZPLUU
— wh-ㄹㅌ (@aerx1s) February 22, 2021
Terkini, kedua-dua akaun rasmi Instagram dan Twitter milik pelakon Misteri Mona itu dilihat sudah tidak lagi aktif.
Apapun, kita tunggu penjelasan dari Janna Nick sendiri mengenai isu ini nanti okay!