Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina May 19, 2020 @ 4:26pm

4 Resepi ‘Simple’ Buat Geng Bujang Sempena Raya PKP Ni, Korang WAJIB Cuba!

Bertabahlah geng..

Sambutan Aidilfitri tahun ini cukup berbeza terutamanya buat golongan bujang yang duduk menyewa tinggal berseorangan dan ‘tersekat’ di bandar akibat PKP ini bukan?

Namun begitu, korang jangan bersedih sangat. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk memeriahkan Aidilfiti kali ni.

Bagi mengubati kerinduan masakan keluarga di kampung tu, apa kata korang cuba 4 juadah popular raya yang simple dan confirm sedap ni!

Nasi Impit & Kuah Kacang

Bahan-bahannya:

  • Nasi impit segera
  • 10 biji bawang merah untuk dikisar
  • 3 ulas bawang putih untuk dikisar
  • 1 inci halia untuk dikisar
  • 2 batang serai untuk diketuk
  • 200gm kacang tanah, disangai, dibuang kulit dan dikisar halus
  • Secukup gula merah atau gula melaka

Cara Memasak:

Nasi Impit – Rebus sampai masak dan pastikan air melebihi nasi impit, keluarkan dari periuk dan tapis supaya air yg berlebihan tidak terendam.

Kuah Kacang – Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sampai wangi. Masukkan pula cili kering kisar, masak sampai cili masak dan sedikit garing.Masukkan air asam jawa, kacang dan air, kacau sebati dan biar merenih. Masukkan pula gula merah/gula melaka. Kacau selalu dan biar hingga siap mendidih.

Kuah Lodeh

Bahan-bahannya:

Bahan-bahan kisar:

  • Segenggam udang kering
  • Sebiji bawang besar
  • Secukup gula merah atau gula melaka
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci lengkuas

Bahan Kuah:

  • 1 paket santan
  • 5 cawan air gula garam secukup rasa
  • Fucuk, kubis, terung, kacang panjang, lobak merah, suhun, ikut suka nak letak banyak mana
  • Tempe & tauhu dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu 
  • Serai 2 batang diketuk

Cara Memasak: Panaskan air, masukkan semua bahan kisar dan 2batang serai. Biarkan sehingga mendidih dan sebati. Masukkan santan, kacau dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat. Masukkan semua sayuran dan suhun. Jika suka, korang boleh letak udang dalam kuah ni. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Ayam Ungkep

Bahan-bahannya:

  • 1kg daging ayam – potong 8
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 sudu kecil pati asam jawa – bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 2 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 2 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu besar jintan manis kasar
  • 1 sudu besar jintan putih kasar
  • 4 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 25 biji cili padi

Cara Memasak:  Lumurkan daging ayam dengan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Perap selama 20 minit. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup, cili padi, ketumbar, jintan, putih dan jintan manis.

Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan bancuhan air pati asam jawa dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan serai dan daging ayam. Gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.

Tambahkan air, garam, gula dan perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Gunakan api sederhana. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur. Apabila kuah mula memekat dan ayam empuk, matikan api dapur.

Bihun Sup

Bahan-bahannya:

  • Ayam setengah ekor.
  • Halia (diketuk).
  • Akar daun bawang.
  • Akar daun sup.
  • Garam dan aji.
  • 3 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • Bunga cengkih.
  • Minyak untuk menumis.
  • Rempah sup adabi.

Bahan Topping:

  • Bihun dicelur.
  • Tauge dicelur.
  • Fishcake digoreng.
  • Daun sup dan bawang goreng.
  • Isi ayam difloss.

Bahan Sambal Kicap:

  • Cili api kampung.
  • Bawang goreng.
  • Garam dan gula.
  • Kicap manis.
    *Tumbuk halus semua bahan

Cara Memasak:

Rebus ayam sampai empuk dengan halia, akar daun bawang dan daun sup, garam dan aji secukup rasa. Ayam tak perlu dipotong agar mudah untuk disiat-siat nanti. Mayang 3 ulas bawang merah,  3 ulas bawang putih dan halia.

Tumis bahan-bahan nombor 2 dengan minyak 3 sudu makan sampai garing. Masukkan 1 batang kulit kayu manis dan sebunga cengkih. Masukkan 1 sudu besar rempah sup adabi.

Kalau sudah agak bau, masukkan sedikit air rebusan ayam tujuannya supaya tidak hangus. Angkat dan jirus dalam air rebusan ayam. Didihkan sekejap dalam 15 minit bagi rempah-rempah tadi meresap dalam isi daging ayam. Tutup api. Ambil isi ayam serta tulang-tulang yang telah disiat-siat. Masukkan ke dalam kuah sup tadi.

Selamat Mencuba!

Sumber: My Resepi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Apr 2019

‘Jangan Bandingkan Kami’- Amyra Rosli Ulas Kemenangan Janna Nick Di DFKL 2019

‘ Jangan bandingkan kami,’ demikian komen pelakon Amyra Rosli mengenai kemenangan Janna Nick dalam kategori Aktres Pilihan di Drama Festival Kuala Lumpur 2019, Ahad lalu. Pelakon drama Nur 2 ketika ditemui di majlis pembukaan pusat […]

Events Wed, 31 Oct 2018
Featured Sat, 16 Mar 2024
Hiburan Tue, 28 May 2019
Featured Tue, 12 Mar 2024
Featured Fri, 21 Jan 2022
Hiburan Fri, 25 May 2018

Jangan Suka-Suka Guna Istilah Bufet Ramadan

Istilah atau perkataan lain yang turut dilarang digunakan ialah bufet berbuka puasa, makanan berbuka puasa, makanan bersahur, iftar dan seumpama yang membawa maksud sama.

Hiburan Wed, 19 Apr 2023