Featured By: Salma Syahbuddin February 22, 2022 @ 6:59pm

7 Daerah Berstatus Zon Merah, Adakah Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?

Berikutan penularan wabak Omicron, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar negeri, S Veerapan memaklumkan, orang ramai digalakkan untuk mengambil dos penggalak manakala ibu bapa diminta supaya mendaftarkan anak masing-masing menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sembilan tidak bercadang melaksanakan semula sekatan pergerakan dalam masa terdekat susulan tujuh daerah di negeri itu berstatus zon merah Covid-19 sejak semalam.

“Buat masa ini kami belum bercadang untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri ini.

“Namun, saya menasihatkan orang ramai di Negeri Sembilan supaya mengambil dos penggalak dan ibubapa dinasihatkan supaya menggalakkan anak-anak berusia 12 tahun ke bawah mengambil vaksin,” katanya.

Tambahnya lagi, daripada 61 mukim di negeri berkenaan, 38 daripadanya berada dalam zon merah dengan Mukim Ampangan mencatatkan kes baharu paling tinggi iaitu sebanyak 63 kes.

Dan, hanya terdapat tiga mukim di zon hijau iaitu Langgkap dan Parit Tinggi masing-masing di Kuala Pilah serta Legung Ulu di Rembau. Manakala semua mukim di daerah Seremban, Port Dickson dan Jempol mencatatkan zon merah membabitkan 18 mukim.

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Dec 2021

Robot Hidup Pertama Di Dunia Kini Boleh Membiak

Saintis Amerika Syarikat yang sebelum ini telah pertama kalinya mencipta robot hidup dipanggil Xenobots memberitahu, robot itu kini boleh membiak. Pembiakkannya dikatakan tidak sama seperti cara pembiakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kita biasa lihat. Xenebots […]

Hiburan Tue, 3 Mar 2020
Featured Sun, 19 Apr 2020
Featured Mon, 22 Feb 2021

9 Tahun Nikahi Gadis Korea, Jehan Miskin Akhirnya Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan buat pelakon kacak Jehan Miskin dan isteri Julie Camelia Rhee yang selamat menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada 20 Februari lalu. Menerusi laman Instagram miliknya, Jehan memuat naik beberapa keping foto bersama […]

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Featured Wed, 12 Dec 2018

Keluarga Ini Tawarkan RM418,050 Kepada Jurufoto Yang Boleh Melancong Keliling Dunia Dengan Mereka

Tugasnya hanyalah menangkap gambar ketika ahli keluarga tersebut bersuka ria.

Trending Mon, 16 Nov 2020
Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Nina Iskandar Selamat Lahirkan Anak Sulung

Tahniah buat Nina & Lan Lebah!

Trending Thu, 28 Mar 2019

才女插画家把「同色系」卡通人物归类

是否还记得,小时候在看卡通时总是会以颜色来区分角色?

Featured Sun, 4 Aug 2019

Siapa yang belum mulakan ‘tabung warna,’ jom lakukan segera!

Selepas beberapa bulan, anda boleh jatuh pengsan melihat banyaknya duit anda!

| Live TV