Featured By: Salma Syahbuddin January 29, 2022 @ 1:41pm

Aidill Aziz Jadikan Fasha Sandha Contoh Terbaik – “Dia Sangat Komited & Berdisiplin”

Pelakon Aidil Aziz tidak menolak bahawa kehadiran isterinya yang juga aktres popular, Fasha Sandha merupakan titik tolak buat dirinya menjadi lebih baik dalam bidang lakonan.

Menyifatkan isterinya itu sebagai pelakon berdisiplin dan sangat menjaga kualiti dalam lakonan, Aidil Aziz atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 34, berpendapat seseorang pelakon itu perlu memiliki sifat sedemikian untuk terus berada dan kekal relevan dalam industri hiburan.

“Isteri saya memang seorang anak seni yang sangat komited dan berdisiplin sejak dulu lagi hingga secara tidak langsung saya pun terikut amalan positifnya.

“Bagi saya disiplin adalah perkara pertama yang kena dijaga kerana dari situ produksi dan pelakon lain tahu kita serius dalam bekerja sekali gus tidak mungkin mahu menyusahkan orang lain,” katanya kepada Xtra.

Selain itu, keperibadian, sikap menepati masa dan mudah bergaul dengan semua orang terutama sepanjang bekerja di set penggambaran turut memberi kesan dalam rutin hariannya.

“Saya cuba mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik. Apabila dikurniakan isteri yang sangat baik, saya perlu jadi lebih lagi dan ini juga antara sebab saya masih bertahan dalam dunia seni.

“Kita berlakon bagus macam mana pun tapi kalau tak jaga masa atau pelihara hubungan baik dengan kru produksi memang kita tak ke mana,” jelasnya.

Aidil yang terlibat dalam penggambaran drama 28 episod berjudul Tumpang Lalu Bang bakal disiarkan menerusi slot Diandra, TV9 bermula 2 Februari ini.

Antara pelakon yang terlibat adalah, Kilafairy, Tomok, Ziana Zain, Black Hanifah dan ramai lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 15 May 2021

Ralit, Lagu Tema Filem J Retribusi 2 Mula Dilancarkan Hari Ini

Bersempena dengan dengan pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun 2021, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios, Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, RALIT […]

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Sweet! Ucapan Bekas Vokalis Q-Face Untuk Wany Hasrita Tarik Perhatian Netizen

Padan kan dorang ni? Comel jer ucapan Fairuz untuk Wany…Yang penting gambar tu memang WIN!

Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Featured Wed, 2 Nov 2022

“Kenapa… Awak Tak Cakap Dari Mula” – Rupa-Rupanya Chombi Penyanyi Lagu Viral Sayunk I Love You Anak Harry Khalifah, Ramai Tawar Diri Jadi Menantu!

Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam menjadi tular di internet, terutamanya laman sosial TikTok. Karya terbabit meraih perhatian ramai selepas kerap digunakan sebagai lagu latar belakang untuk pelbagai content […]

Trending Mon, 28 May 2018

12 Epic Quotes by Tun Mahatir That We All Love

Our 7th Prime Minister is very witty indeed.

Featured Mon, 30 Oct 2023
Trending Thu, 3 Jan 2019

Kenapa NASA Tarik Balik Kenyataan Tentang Ancaman NT7?

NASA sebelum ini meramalkan sebuah Asteroid gergasi bakal menghentam bumi pada 2019.