Trending By: Maya Basir May 11, 2022 @ 6:27pm

“AirAsia Kini Beroperasi Hanya Dengan 40 Pesawat…” – AirAsia Mohon Maaf Atas Penjadualan Semula Penerbangan

Penerbangan tambah murah, AirAsia memohon maaf kepada pelanggan yang mengalami kesulitan akibat penjadualan semula susulan peningkatan permintaan yang mendadak pada musim perayaan kali ini.

Menurut Ketua Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan merupakan punca berlaku kelewatan di luar jangkaan serta kawalan syarikat penerbangan itu.

“Kami berusaha sedaya upaya memastikan kesan gangguan paling minimum untuk semua pelanggan dan memastikan semua dapat tiba di destinasi masing-masing dengan cepat termasuk melancarkan penerbangan khas untuk membawa penumpang yang terkandas,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Kata Riad, faktor penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ialah disebabkan permintaan penerbangan domestik meningkat secara mendadak serta pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu.

Bilangan pesawat yang terhad juga merupakan salah satu faktor yang mengehadkan penerbangan ke semua destinasi.

“AirAsia Malaysia juga kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat semasa pra pandemik. Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula seperti mana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia,” katanya.

Selain kerosakan dan masalah teknikal lazim yang ditemui semasa proses pemeriksaan rutin, insiden luar jangka seperti pintasan burung, kerosakan akibat objek asing dan panahan petir menyebabkan tiga hingga lima pesawat terpaksa dikeluarkan daripada jadual sepanjang tempoh perayaan.

Beliau berkata, AirAsia berusaha meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua pelanggan tiba di destinasi masing-masing dengan selamat.

Tambahnya lagi, setiap perubahan pada jadual penerbangan akan dimaklumkan kepada tetamu melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan semasa tempahan tiket.

Sekiranya memerlukan maklumat atau bantuan lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian sembang AVA melalui AirAsia Super App atau laman sesawang airasia.com atau ke kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang terdekat.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

“Tak Salah Kan Berniaga?” – Zara Zya

Nampaknya, manusia sekarang makin tenat. Asyik dengki je kan

Hiburan Fri, 26 Jan 2024

“Masa Dah Tak Ada Ibu, Semua Benda Boleh…” – Anak-Anak Shuib Kongsi Persamaan Watie Dengan Arwah Siti Sarah

Terubat rindu anak-anak pada ibu mereka.. Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah

Trending Thu, 29 Nov 2018

Bella Hadid Follow Neelofa Di Instagram, Wow!

Neelofa ajar Bella cara makan nasi lemak!

Trending Wed, 5 May 2021

Lan Pet Pet Didakwa Pukul Abang Rider, Saiful Apek Mohon Orang Ramai Tak Jatuhkan Hukuman

Pelawak Saiful Apek mendedahkan dia belum lagi berhubung dengan sahabatnya, pelawak Lan Pet Pet yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini. Menurut Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 52, pada awalnya dia tidak mengetahui […]

Featured Sat, 18 Sep 2021
Hiburan Mon, 30 Sep 2019