Cahaya Mata By: Fatin Nurain August 21, 2022 @ 11:49am

Akui Pernah Tertekan, Hazama Berhasrat Timang Cahaya Mata Tahun Depan – “Buat Darah Saya Menyirap Juga”

Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Hazama dan isterninya, Genervie Kam berhasrat untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan.

Menurut Hazama, mungkin dia bersama isteri akan mencuba proses persenyawaan in vitro (IVF) dan berserah kepada Allah selain berikhtiar.

“Sebelum ini saya tenang saja dan anggap tak mengapa kita kena percaya pada ketentuan Allah. Dalam bab begini, penyerahan saya kepada Allah amat tinggi.

“Tapi berserah itu berserah juga dan dalam masa sama kena ikhtiar. Sebelum ini hanya berdoa saja. Kalau ada, adalah. Sekarang kami bercadang akan ikhtiar cara ini pada tahun depan,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Hazama menyatakan dia tidak terasa hati apabila orang bertanyakan soal anak kerana bukan tugasnya untuk menjawab.

Namun, penyanyi itu turut mengakui dia akan tertekan sekiranya ada segelintir pihak yang tidak menghormatinya dan mula memberi pendapat soal berkenaan.

“Orang yang tak tahu akan tanya dan apabila saya beritahu tiada anak, mereka akan diam tanda menghormati. Namun ia akan jadi lain apabila orang bagi pendapat itu dan ini.

“Saya melalui perkara ini dan tiada tekanan sangat untuk saya jawab. Tapi bila begitu (beri pendapat), benda ini boleh buat darah saya menyirap juga. Jika babitkan kawan rapat, mereka faham dan saya tak perlu cerita lanjut.

“Saya akan jadi tertekan apabila orang itu sengaja bertanya atas sebab tertentu, mungkin untuk jual sesuatu,” katanya.

Selain itu, Hazama juga memaklumkan bahawa isterinya pernah mengandung luar rahim pada tahun 2017 dan terpaksa membuat pembedahan tiup fallopio sebelah kiri.

“Kami dah dimaklumkan doktor kebarangkalian untuk ada anak agak susah. Saya faham umurnya dah berusia daripada saya, tapi kita ada Allah dan kalau Dia nak bagi pasti akan bagi.

“Kalau tak bagi pun pasti ada sebabnya. Saya ambil peluang ini untuk kami ‘enjoy’ dulu dan masing-masing fokus dengan karier. Apapun isteri dalam usaha buat rawatan badan untuk membolehkannya mengandung,” katanya.

Terdahulu, Hazama dan Genervie yang merupakan seorang pengarah muzik telah mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2017.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Kisah Viral Mon, 28 Aug 2023

Tak Masuk Konti Radio, KJ Didakwa Ada Konflik Dengan AG?

Alamak konflik apa tu? Harap boleh selesai dengan cara baik

Featured Wed, 5 Dec 2018

Sehingga Kini Tidak Ada Produk Vitamin C Yang Didaftarkan Dalam Bentuk Suntikan Oleh KKM!

Produk yang digunakan secara suntikan tidak boleh dikelaskan sebagai produk kosmetik.

Hiburan Fri, 8 Dec 2023
Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Trending Mon, 13 Jun 2022

OMG Bestnya! Sekuel Squid Game Kegemaran Ramai Kembali Dengan Wajah Baru

Siapakah wajah terbaru Squid Game? Musim kedua bakal ditayangkan di Netflix.