Featured By: Salma Syahbuddin February 21, 2022 @ 10:54am

“Alhamdulillah, Syukur! Cik Yam Nak Dapat Adik Dah…” – Isteri Positif Mengandung, Fizo Omar Akui Super Excited

Sebelum ini timbul desas-desus kononnya isteri kepada pelakon, pengacara dan usahawan, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri dikatakan berbadan dua apabila warganet mendakwa terlihat ‘baby bump’.

Bagaimanapun, perkara itu disahkan sendiri oleh Fizo Omar menerusi hantaran terkini di laman instagram miliknya pada Isnin.

“Alhamdulillah Syukur, Cik Yam nak dpt adik dah! Muka abe joe terkejut, terkedu dan super excited. Ye la bru sebulan kahwin tetiba my wife tunjuk test kit tu dan cakap ‘sayang i positive! Positive ape ni sayang?????

“Syukur Ya Allah rezeki 2022 ni datang back to back dengan izin MU ya Allah,” katanya.

Gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan, Fizo dilihat sempat menitipkan doa berharap agar Allah memelihara kandungan isterinya itu dan bayi yang bakal dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh dan solehah.

“Semoga Allah memelihara kandungan ini dan dilahirkan menjadi anak yg soleh/solehah yg akan membawa daddy dan ummie ke syurga,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Sementara itu, Fazeera menerusi muat naik di instagram miliknya memaklumkan bahawa alat ujian kehamilan tersebut diberikan pada bulan pertama perkahwinan mereka.

“Video tersebut diambil pada bulan pertama perkahwinan kami. Ia kejutan terbesar buat dia apabila saya beritahu saya kini sedang hamil. 

“Alhamdulillah, untuk anugerah terindah yang Allah berikan kepada kami dan saya doakan semoga semuanya dipermudahkan,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Sep 2019

“Sampai Bila Nak Tunding Jari?”-Perang Jerebu Semakin Parah, Apa Solusi Malaysia Dan Indonesia?

Sampai billa rakyat Malaysia perlu menanggung derita akibat tindakan melampau negara Indonesia? 

Trending Tue, 18 Sep 2018

Tiada Lagi Pembaharuan Lesen Di Dalam MyKAD

kerajaan melalui JPJ akan menggunakan pakai sepenuhnya lesen memandu fizikal bagi menggantikan lesen memandu yang terkandung di dalam MyKAD pengguna.

Hiburan Tue, 31 Dec 2019
Featured Wed, 13 Oct 2021
Events Wed, 17 Jul 2019

Tahniah! Isteri TMJ Selamat Lahirkan Putera Raja

Tahniah TMJ dan Che Puan Khaleeda!

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

钟镇涛携二女开唱!与歌迷共渡平安夜

钟镇涛携二女到云顶开唱!与歌迷重温岁月经典,度过激情既温暖的平安夜。

Hiburan Wed, 12 Jun 2019
error: Content is protected !!