Berikutan penularan wabak COVID-19, Arab Saudi telah mengumumkan untuk membatalkan solat tarawih secara berjemaah di masjid menjelang bulan Ramadan minggu depan.
Perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Dr Abdul Latif Al Sheikh.

Rakyat di negara itu diminta untuk menunaikan solat di rumah sahaja.
“Kita semua perlu bermohon kepada Allah SWT untuk menerima ibadah tarawih sama ada ia dilakukan di masjid atau di rumah kerana buat masa ini kesihatan orang awam perlu diutamakan.

“Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada epidemik ini yang turut menjejaskan seluruh dunia,” katanya yang dipetik daripada akhbar Al Riyadh.
Solat Jenazah terhad kepada lima hingga enam orang
Bagi memastikan keputusan itu selari dengan langkah pencegahan dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, pelaksanaan solat jenazah di negara itu turut dihadkan kepada lima hingga enam orang ahli keluarga sahaja bagi satu kematian.
Sumber: Berita Harian