Featured By: Salma Syahbuddin September 29, 2021 @ 7:00pm

Bantuan Baucar Perlindungan Tenang Khas Buat Golongan B40 – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengumumkan, bantuan kepada rakyat berupa baucar Perlindungan Tenang khas buat golongan B40 akan dilaksanakan dalam RMK-12.

Bantuan ini dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan B40 terutamanya jika berlaku perkara-perkara tidak diingini.

“Menerusi baucar bantuan Perlindungan Tenang ini, setiap penerima bantuan B40 akan diberi baucar bernilai RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk  perlindungan tenang termasuk Takaful Hayat dan kemalangan diri,” katanya.

Lanjutan tempoh pengecualian duti setem

Selain itu, kerajaan juga akan melanjutkan tempoh pengecualian duti setem untuk semua produk Perlindungan Tenang dengan nilai premium atau sumbangan tahunan tidak melebihi RM100 untuk tempoh lima tahun lagi sehingga tahun taksiran 2025.

“Tempoh pengecualian duti setem untuk semua produk Perlindungan Tenang akan dilanjutkan dalam tempoh lima tahun sehingga 2025.” Jelasnya ketika mengumumkan Laporan Laksana Ke-70 secara langsung menerusi Facebooknya hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan baucar Perlindungan Tenang Khas buat golongan B40, anda boleh layari laman rasmi di www.myptv.my bermula 30 September ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Jun 2018

爸妈没出过国 女儿画了「史上最强出入境攻略」

对于英文不好,又从来没有出过国的人来说,第一次出国是很麻烦的事情,特别是出入境的时候。

Featured Wed, 22 Sep 2021
Trending Thu, 16 Nov 2017

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok Cukup Sifat

12 tahun tapi jenazah masih lagi sempurna dari sifat, kain kapan mahu pun tiada bau . Apakah perbuatan yang Ibu Amina Jasmine lakukan hingga mendapat kelebihan seperti ini

Featured Thu, 23 Feb 2023
Events Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Sat, 30 Jul 2022

Seorang Demi Seorang Meninggal Dunia, Hazama ‘Elak’ Nak Nyanyi Lagu ‘Terakhir Buat Teman’

“Sebenarnya, judul asal lagu ini adalah Nota Terakhir” – Hazama

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Fri, 22 Dec 2023