Featured By: Arfah December 26, 2021 @ 3:49pm

Baru Berusia 6 Tahun, Anak Vivy Yusof Beri Duit Simpanan Untuk Beli Mainan Kepada Mangsa Banjir

Baru-baru ini usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya memberitahu anak perempuannya yang berusia enam tahun telah menghulurkan duit simpanan untuk diberikan kepada mangsa banjir.

Ibu kepada empat orang anak ini memaklumkan dia sering berkongsi pelbagai perkara kepada anak-anaknya termasuklah kejadian bencana banjir yang telah melanda negara dengan menunjukkan video situasi terkini.

Setelah menunjukkan video terbabit, anaknya bernama Mariam, 6, meninggalkan biliknya dan datang semula membawa dompet.

Vivy berkata Mariam memberikan kesemua duit yang ada di dalam dompetnya dan duit itu merupakan duit simpanan Mariam untuk membeli mainan.

Mariam berkata kepadanya bahawa mangsa yang terjejas banjir lebih memerlukan duit itu darinya.

 

View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Duit simpanan Mariam yang berjumlah RM220 itu dimasukkan ke dalam tabung derma My Fund Action yang bekerjasama dengan syarikat miliknya iaitu The Duck Group.

Menurut Vivy, dia sangat bangga dikurniakan seorang anak seperti Mariam.

“Walaupun badan kecil tapi berjiwa besar”

Rata-rata warganet yang melihat hantaran itu berasa tersentuh dengan tindakan Mariam dan memuji cara Vivy membesarkan anak-anaknya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 9 May 2019

This Hotel Offers Special Exercise Courses & Spa Treatments for Overall Wellbeing

Bringing a new type of health and wellness in a getaway.

Featured Wed, 21 Dec 2022

Comelnya Gelagat Tyra Kamaruzzaman Menjerit Teruja Dapat Mainan Bubble Bazooka Sempena Birthday!

Pempengaruh jelita, Tyra Kamaruzzaman berkongsi keterujaan menerima hadiah mainan sempena hari ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Tyra sedang membuka setiap hadiah yang diterima dan menjerit teruja ketika menerima mainan Bubble Bazooka. Bukan

Trending Thu, 14 Nov 2019
Selebriti Sun, 17 Apr 2022

“Kami Tak Garang, Tapi…” Hanis Zalikha & Hairul Azreen Ulas Cara Didik Anak

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kongsi cara didik anak

Trending Mon, 9 Mar 2020

[VIRAL] Hebat Dan Bertenaga! Atuk 103 Tahun Nikahi Gadis Usia 30 Tahun!

CINTA datang kepada seseorang tanpa mengenal siapa dan masa. Ini yang berlaku di Sulawesi apabila seorang lelaki berusia 103 tahun nekad mengahwini seorang gadis berusia 30 tahun! Lelaki yang dikenali dengan nama Muhamade ini berkahwin

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Musly Ramlee ‘Hidupkan’ Semula Watak Kassim Selamat

Jika kita tonton filem Ibu Mertuaku, pasti anda akan tertanya, bagaimana watak anak Kassim Selamat iaitu Tajudin apabila besar kelak, apa nasib Sabariah selepas Kassim pulang ke Pulau Pinang bersama Chombie dan bagaimana kesudahan nasib Kassim Selamat pula?

Featured Mon, 14 Nov 2022
Eat Travel Sat, 23 May 2020

Roti ‘gergasi’ Vietnam gegar perhatian dunia

Roti dengan ketinggian separa tubuh manusia

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Sudah Mula Rasa Tak Sihat, Shaheizy Sam Akui Berat Badan Makin Bertambah

Gemuk tak salah, yang penting kesihatan perlu diutamakan okay!

| Live TV