Featured By: Marcella November 3, 2021 @ 4:11pm

Bayi Berusia 14 Hari Maut Dalam Rempuhan Kereta Dengan Lori Tanah

Seorang bayi lelaki berusia 14 hari maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Gelung Gajah, Bakar Bata di Ayer Tawar pada Rabu.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku apabila Perodua Kancil dinaiki bayi berkenaan bersama lima ahli keluarga lain bertembung dengan sebuah lori muatan tanah.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila kereta itu dipercayai melanggar dua ekor lembu sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung lori berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Suhaimi Nijar berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.24 pagi.

Beliau berkata, sejurus bomba tiba di lokasi kejadian, orang awam dikatakan telah mengeluarkan seorang lelaki dan tiga kanak-kanak sebelum membawa mereka ke hospital.

Manakala seorang wanita yang duduk di kerusi penumpang hadapan kereta itu masih tersepit dan pasukan perubatan mengesahkan seorang bayi lelaki meninggal dunia.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

“Ketika itu, bayi berkenaan sudah dikeluarkan dari kenderaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat pada jam 7.58 pagi,” katanya.

Sumber: BH

Kredit Foto: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 May 2022
Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

Beri Pendedahan Tentang Anatomi Di Awal Usia, Sheikh Muszaphar Harap Anak Jadi Doktor

Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipuji warganet kerana mengajar anak-anaknya yang masih kecil berkenaan struktur dan penyusunan organ-organ tubuh manusia. @drsheikhmuszaphar #doctors ♬ Bara Bara Bere Bere – Gino Debugati Menerusi perkongsian

Trending Sat, 17 Mar 2018

Vietnam Restaurant Preserves President Obama’s Table and Utensils!

After former President Barack Obama visited a Vietnamsee street restaurant, the restaurant decides to preserve the table and utensils that he used before!

Trending Wed, 18 Nov 2020
Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Tujuh Tahun Hilang…Cinta Laura Keihl Rai Kepulangan Dengan ‘Vida’

Masih ingat lagu Oh Baby nyanyian Cinta Laura dulu?

Featured Fri, 11 Oct 2019

Pemberian hibah lindungi hak wanita

Ketahui 6 cara urus harta peninggalan

Featured Thu, 23 Mar 2023

“Saya Sebagai Anak Pun Sedih, Apa-Apapun Dia Tetap Ibu Saya” – Syamsul Yusof

Siapa je tak sedih… moga yang terbaik buat mereke sekeluarga

| Live TV

error: Content is protected !!