Selebriti By: Khairil Khusyairi June 13, 2024 @ 4:05pm

Bella Astillah Tak Tuntut Sebarang Nafkah Daripada Aliff Aziz – “Saya Juga Tak Harapkan Apa-Apa Daripada Aliff”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya bersama aktor kontroversi, Aliff Aziz telah berakhir apabila bercerai talak satu, hari ini.

Bercakap kepada XTRA, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah berkata, dia berharap ini adalah kali terakhir untuknya datang ke mahkamah bagi kemelut yang dihadapinya bersama Aliff.

“Alhamdulillah, dah selesai dah.

“Saya rasa bersyukur sebab dipermudah dan saya percaya ramai orang di luar sana dah penat apatah lagi diri saya sendiri.

“Saya juga berterima kasih dengan pasukan peguam sebab bantu memudahkan semuanya.

“Terima kasih semua yang mendoakan Bella, dan mungkin ini kali terakhir saya akan hadir ke mahkamah, insya-Allah,” ujarnya kepada pemberita.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu bertindak untuk tidak membuat sebarang tuntutan seperti nafkah mutaah, nafkah idah dan harta sepencarian daripada Aliff semasa prosiding penceraian.

Menurut pelakon drama Leha, Leya Lawa itu, tujuannya berbuat demikian adalah kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

“Sebenarnya saya tak tuntut sebab tak nak panjangkn lagi isu ini selepas ini.

“Saya juga tak mengharapkan apa-apa daripada Aliff. Sekarang ini, adalah fasa untuk saya ‘move on’ saja dan itu jauh lebih penting.

“Banyak lagi perkara yang saya nak buat. Nak jaga anak-anak dan macam-macam lagi,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Bella turut bersyukur kerana mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak-anak.

“Syukur Alhamdulillah, hak penjagaan semuanya kepada saya dan sebab itu seperti yang saya kata tadi, saya tak menuntut apa-ap daripada Aliff sebab harga yang paling bermakna adalah anak-anak.

“Dapat anak pun saya bersyukur sangat dah,” ujarnya.

Disoal adakah bersedia untuk bertemu dengan Aliff berhubung hal melibatkan anak-anak selepas ini, Bella memaklumkan dia masih belum berkesempatan untuk memikirkan perihal itu.

“Masih belum berkesempatan untuk berfikir hal itu. Jadi, kita akan tengok dari masa ke semasa,” jawabnya ringkas.

Pada Khamis, Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.

Bella juga bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah Kepada Bekas Sahabat Saya, Ruhainies Kerana Berjaya Runtuhkan Masjid Ini…” – Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu Kali Kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Cerai Berlangsung Hari Ini, Aliff Aziz ‘Kunci Mulut’… Bella Astillah Mohon Doa – “Doakan Yang Baik-Baik”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Oct 2018

OMG! ‘Gurauan’ Masuk Anak Dalam Mesin Basuh Berakhir Dengan Detik Mencemaskan

Dalam pada itu, rata-rata netizen di sosial media mengkritik ‘gurauan’ wanita itu sama sekali tidak masuk akal. Puan, banyak lagi game lain kot boleh dimain?

Trending Fri, 16 Apr 2021

REV Media Group Ungguli Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini Buat Kali Kedua!

REV Media Group (RMG) yang dahulunya dikenali sebagai Media Prima Digital sekali lagi telah dianugerahkan ‘Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini’ oleh d Awards 2020, Malaysian Digital Association (MDA) sekaligus membawa pulang anugerah Emas buat tahun […]

Trending Mon, 23 Jul 2018

Hebat! Remaja 19 Tahun Mula Jalan Kaki Ke Makkah

Sebelum ini ramai orang mengejeknya kerana didakwa kurang siuman hanya kerana ingin melakukan misi berjalan kaki, namun tidak menghiraukan kata-kata berkenaan.

Featured Sat, 14 Jan 2023

Nafas Naga Gabungan Mantap Filsuf & Black Hanifah

Kerjasama antara rapper Filsuf dan Black pastinya membawa satu lagi warna dan kejutan kepada seluruh pencinta muzik tanah air menerusi lagu ‘Nafas Naga’. Lagu ‘Nafas Naga’ hasil ciptaan Filsuf dan lirik oleh Arisz Ab Rahman […]

TECH Wed, 17 Oct 2018

Nightstream is a New Game You Must Check Out

The game features multiple playable characters, each with their own personalities, motivations, and musical themes!

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Resepsi Kahwin Mawar Rashid, Raf Yaakob

Setiap satu lapisan bertakhta kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah kek perkahwinan buat mempelai

Featured Thu, 12 Jan 2023

“Saya Akan Tunggu Restu Mama & Ayah, Tak Mudah Lihat Tangisan Di Kaca TV” – Syamsul Yusof

Ia tak mudah, tapi saya akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati ayah dan mama – SY. Semoga dipermudah segalanya 🥲

Featured Tue, 23 Aug 2022
Trending Tue, 4 Sep 2018

Teh Tarik Condoms Exist?!

That’s a new way of consuming teh tarik.

Trending Sun, 5 Jan 2020

150 notis dikeluarkan ke atas perokok di Selangor

Sebanyak 150 notis kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM30,750 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) terhadap perokok dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok yang dijalankan ke atas 562 premis di negeri itu sejak Rabu lepas. Pengarah […]