Program TV By: Maya Basir August 3, 2022 @ 7:16pm

“Benda-Benda Macam Ni Ada” – Detik 12 Malam Bakal Naikkan Bulu Roma Penonton

Program majalah Detik 12 Malam iaitu sebuah program yang cukup sinonim dengan cerita seram dan gelaran pemburu hantu kini kembali dengan musim kelima bersama hos Saiful Azmi Jamsari.

Majalah dokumentari musim ini diarahkan oleh Khirul Fikry Mustafa dan diterbitkan oleh Mohd Jamira Ramli dan bakal menemui penonton dengan sedikit kelainan.

Menurut penerbit Mohd Jamira Ramli, dia berkongsi terdapat satu lokasi semasa pengambaran disekitar Kuala Lumpur yang sangat seram.

“Setakat ini yang paling seram kami pernah rakam di kawasan Kuala Lumpur juga tapi saya tak boleh dedahkan dimana.

“Benda-benda (alam ghaib) macam ni kena percaya yang ianya ada.

“Untuk pengetahuan, pengambaran kami bukan saja di sekitar Lembah Klang malah di pantai timur, selatan dan utara,” katanya ketika ditemui sidang media pelancaran program Detik 12 Malam dan Remang di Sunway Lagoon.

Musim ini akan menyaksikan aktiviti paranormal yang benar-benar dilalui oleh individu-individu lokal, selebriti terkenal dan penyiasat paranormal sebagai tetamu jemputan mingguan untuk berkongsi pengalaman gangguan mistik yang mereka lalui.

Tetamu jemputan yang juga dikenali dalam dunia penyiasatan paranormal dan mistik adalah John Bear, Solo Ambush, Naufal Dark Tourism, dan AY studio.

Detik 12 Malam bakal menayangkan topik-topik menarik seperti penjaga kubur, galeri pameran lama dan kisah pempengaruh tentang misteri rimba rekreasi dan banglo tinggal lama.

Tetamu jemputan juga akan turun padang di lokasi siasatan bagi membuat ujian paranormal. Adakah mereka cukup berani untuk melalui aktiviti paranormal sebegitu?

Jangan lepaskan kompilasi cerita seram dan kisah paranormal menarik yang akan menaikkan bulu roma anda di dalam program Detik 12 Malam musim baharu setiap hari Jumaat pukul 11.30 malam bermula 5 Ogos di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Apr 2021

Selepas 16 Tahun, Mirwana Kembali Bersama Faizal Tahir

Selepas 16 tahun, Mirwana kembali ‘bersatu’ bersama penyanyi dan komposer popular, Faizal Tahir menerusi lagu Aku Tanpa CintaMu 2021. Setelah sekian lama, rata-rata netizen berasa amat teruja dan meniggalkan komen yang baik setelah melihat posting […]

Trending Wed, 29 Apr 2020
Events Sun, 5 May 2019

Be the Top Scorer at SuperPark Malaysia and Win Exciting Prizes

SuperPark Malaysia kicks off the SUPER RACE challenge with local fitness and lifestyle personalities Talitha Tan, Akiyo Chai (BaBy Akiyo), and Mia Chai to inspire an active lifestyle.

Hiburan Mon, 17 Jul 2023
Featured Tue, 27 Apr 2021

“Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Jadikan Kompaun Pengajaran” – Neelofa

Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, pendakwah Haris Ismail atau PU Riz dikenakan kompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan mereka yang diadakan pada Mac lalu. Neelofa dan suaminya turut dikenakan kompaun kerana melanggar […]