Trending By: Maya Basir April 10, 2022 @ 8:00pm

“Berderau Darah Mommy…” – Paras Oksigen Anak Amyra Rosli & Amar Baharin Yang Dijangkiti Penyakit Kawasaki Menurun

Tahap oksigen dalam badan anak kedua pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin tiba-tiba menurun.

Ayra Aryssa, 2, yang dijangkiti penyakit Kawasaki telah ditahan di sebuah pusat perubatan semenjak Selasa lepas.

Amyra yang sedang berada di lokasi penggambaran terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan mengenai tahap oksigen dalam badan Ayra.

“Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulis Amyra di Instagram sebentar tadi.

Penyakit Kawasaki merupakan keradangan pada saluran darah (vaskulitis) yang selalunya melibatkan kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah.

Memetik laporan Harian Metro, Amar menjelaskan yang sebelum simptom penyakit itu mula menyerang ke seluruh tubuh badan termasuk muka, anaknya itu mengalami demam panas.

“Pada Selasa, adik (Ayra) demam panas dan terus bawa ke hospital. Hingga semalam pun suhu badan masih panas. Kesan jangkitan mulai naik di badan pada Rabu. Sekarang sudah satu badan sampai muka. Kami dapat rasa dia sedang menahan kesakitan.

“Dia tak nangis, tapi nampak dia tak selesa dan serba tak kena,” katanya.

Tambah Amar, punca penyakit yang menyerang anaknya masih belum dikenalpasti.

“Penyakit ini bukan normal, tapi sangat jarang berlaku. Tak pasti punca macam mana boleh berlaku. Sekarang ini setiap hari jururawat ambil darah. Doktor pun tak cakap apa lagi bila boleh sembuh. Hari ini buat akan buat ujian electrocardiogram (ECG),” katanya.

Dalam pada itu, Amyra juga berkongsi tentang keadaan terkini anaknya menerusi Instagram Story.

“Ya ini kondisi anak saya sekarang. Jangkitan Kawasaki. Seluruh badan dia kena serangan. Kesian dia.

“Saya baca semua mesej (DM) dan komen anda tapi tak berkesempatan nak balas. Maaf sangat. Semua dah reda nanti saya balas. Terima kasih yang mendoakan Aryssa,” katanya.

Rakan-rakan artis seperti Hairul Azreen, Ernie Zakri, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi turut mendoakan kesembuhan anak mereka di ruangan komen Instagram.

Sumber: Instagram Amyra Rosli & Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 28 Nov 2018
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Doakan Anak Saya’- Anak Daus Drama Band Kini Di ICU

Pemain bass kumpulan Drama Band, Daus memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak keduanya, Nurul Adni Nuha yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.

Trending Thu, 3 Dec 2020
Trending Mon, 6 Aug 2018

Kudung Kedua-Dua Belah Tangan, Gabriel Heredia Barber OKU Paling Stail!

Gabriel, kudung kedua-dua tangan mula bekerja sebagai tukang gunting rambut sejak berumur 14 tahun dan mempelajari pelbagai teknik potongan rambut dan jambang.

Featured Mon, 12 Sep 2022

“Hari-Hari Saya Rasa Bersalah” – Anak, Isteri Ikmal Amry Trauma Selepas Kemalangan

Alhamdulillah semua selamat.. Semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga 🤲🏼

Featured Thu, 10 Jan 2019
Trending Sun, 24 Jan 2021