Featured By: Attiqah Mohd July 15, 2021 @ 2:57pm

Beri Kelonggaran Pergerakan Untuk Individu Yang Lengkap Dua Dos

Kerajaan sedang meneliti untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan menguruskan pandemik itu.

“Mutakhir sekali saya minta jawatankuasa pengurusan untuk menilai semula bagi mereka yang mendapat dua suntikan vaksin supaya diberi kelonggaran.

“Sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai dan makan di restoran. Ini petanda untuk menunjukkan sementara kita menguruskan COVID-19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau persiapan program Bakul Prihatin Negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pagi ini.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Mar 2020

Beberapa selebriti beramal bantu petugas barisan hadapan

Pelbagai cara dilakukan demi Malaysia

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Menarik! Tonton Membawakan Henry Golding Terus Kepada Anda

Rindu nak tengok pengacara dan pelakon kesayangan anda ni beraksi di kaca TV anda? Jangan lupa tonton Henry di portal rasmi kami hanya di tonton.com.my!

Featured Mon, 30 Mar 2020

KKM tambah 10 makmal untuk saringan COVID-19

Insiatif kesan pesakit diperhebat

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Remy Ishak Putus Tunang

Walaupun sudah putus, Remy tidak menolak jika dia dan Ezza kembali bersama…

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Jasper Supayah Lega.

Apa yang lega tu?

Featured Thu, 20 Oct 2022

| Live TV

error: Content is protected !!