Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2021 @ 11:00pm

Bermula Bulan Depan, Lebih Banyak Bantuan Akan Diberikan Untuk Rakyat – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, lebih banyak bantuan akan disalurkan kerajaan kepada rakyat bermula bulan depan.

Beliau berkata demikian pada sidang video bersama warga Bank Simpanan Nasional (BSN) dari kediamannya di Petaling Jaya khusus bagi meninjau proses pembayaran BKC.

“Harap semua proses pembayaran BKC yang dirancang Kementerian Kewangan berjalan lancar. Semoga tiada perkara tidak diingini berlaku yang boleh sebabkan kelewatan dan sebagainya,” katanya.

 

Ismail Sabri yang masih menjalani kuarantin kendiri sejak 30 Ogos lalu setelah disahkan menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 turut menasihatkan warga BSN supaya memastikan penerima BKC yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.

“Semoga apa yang diberikan kerajaan hari ini, walaupun mungkin tidak begitu besar tetapi sekurang-kurangnya dapat bantu mengurangkan perbelanjaan ketika ini,” Jelasnya.

Terdahulu, bantuan di bawah BKC terdiri daripada kategori miskin tegar, isi rumah yang akan menerima RM1,300,  warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500).

Bagi kategori B40 pula, isi rumah akan menerima RM800, warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200); manakala kategori M40, isi rumah menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).

Semakan status BKC juga kini boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my

 

 

Tambahnya, antara bantuan yang akan diagihkan kerajaan ialah Bantuan Prihatin Rakyat fasa 3 berjumlah RM2.32 bilion yang akan disalurkan pada akhir bulan ini dan bantuan kehilangan pendapatan pada Oktober nanti.`

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Mar 2018

Hindari Daripada Melakukan 5 Perkara Ini Selepas Makan! No 4 Paling Penting

Tahukah anda, pemakanan kita pada hari ini sebenarnya memberi kesan yang sangat besar apabila kita semakin berusia.

Hiburan Tue, 26 Mar 2019
familuv Tue, 24 Mar 2020
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Johan Mengaku Silap?

Kesian Johan..

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Hebat! Majlis Perkahwinan Pengasas Jamu Mall Dapat Tajaan RM500,000

Selamat Pengantin Baru kepada Siti & Syafiq, semoga kalian berbahagia hingga ke Jannah!

Hiburan Mon, 13 Jan 2020

‘Tipulah Kalau Kata Tak Takut’- Naim Daniel

Biar benda itu jadi satu doa…

Trending Hari Ini Fri, 5 Jun 2020

Gerhana Bulan Penumbra Dijangka Berlaku Awal Pagi Esok

Fenomena ini dijangka bakal bermula pada pukul 1.45 pagi dan berlaku sekitar tiga jam dan 18 minit.

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Aiman Tino Kini Pengarah Urusan. Ini Buktinya!

Aiman tidak melihat isu ini sebagai salah satu halangan untuk mengemudi syarikatnya yang diberi nama Manno Resources Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak 19 Disember lalu

LIFESTYLE Tue, 23 Jul 2019

Pepper Spray Jangan Lupa Bawa Kalau Korang Tak Nak Kena Macam Wanita Ini…Seram!

Ladies, sentiasa hati-hati apabila berseorangan di luar dan waspada dengan keadaan sekeliling!

| Live TV