Boleh Isi Borang Permohonan Pulang Jika Terkandas Di Kampung Bermula 25 April Ini

Orang ramai yang berkeinginan untuk merentas negeri pulang ke kampung atau dari kampung pulang ke rumah masing-masing perlu melaporkan diri dengan mengisi borang atas talian kepada pihak polis.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaacob menerusi sidang media harian Covid-19 tengahari tadi, arahan ini akan berkuatkuasa bermula 25 April dan permohonan tersebut boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia yang merupakan satu inisiatif daripada kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Komunikasi dan Multmedia Malaysia (KKMM).

Selain melakukan permohonan secara atas talian, korang juga boleh melakukan permohonan ini di balai polis berhampiran.

“Mulai 25 April, orang awam boleh buat permohonan, lapor nama, jumlah keluarga, lokasi dan sebagainya supaya boleh dapat maklumat yang terperinci serta boleh kesan mereka dari kawasan zon merah, hijau dan sebagainya,”

Walau bagaimanapun, perkara ini masih lagi dalam peringkat kajian. Beliau juga menjelaskan keputusan akan dibuat selepas menerima laporan (jumlah permohonan) pada 25 April ini.

Pihak kerajaan akan mengkaji dahulu sisi baik dan buruk inisiatif tersebut serta akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan isu ini.

Usaha tersebut dilakukan berdasarkan rayuan rakyat kini yang mahu pulang ke kampung atau negeri asal masing-masing setelah agak lama ‘terpisah’ dan terkadas di sesebuah tempat sepanjang PKP.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover