Featured By: Salma Syahbuddin October 1, 2021 @ 3:00pm

Boleh Teman Isteri Bersalin Bermula 4 Oktober, Ini Syarat Yang Ditetapkan Oleh KKM!

Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan suami atau ahli keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin bermula 4 Oktober ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook miliknya, kelonggaran ini diberikan berikutan suasana pandemik negara yang mula menunjukkan tanda-tanda positif dan peningkatan kadar vaksinasi.

Bagaimanapun, inisiatif ini juga bergantung kepada polisi di setiap hospital dengan mengambil kira aspek keselamatan, privasi pesakit serta situasi semasa di dalam bilik bersalin.

Syarat yang ditetapkan KKM

Berikut merupakan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KKM berhubung kelonggaran ini ;

  1.  Suami atau ahli keluarga terdekat telah menerima dos vaksin lengkap COVID-19 iaitu;
    • 14 hari selepas dos kedua bagi vaksin jenis dua (2) dos seperti Pfizer, Sinovac, dan Astra Zeneca atau
    • 28 hari selepas menerima vaksin jenis satu (1) dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.
  2. Suami atau ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam dan keputusan ujian hendaklah dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di Wad Bersalin.
  3. Suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag
  4. Suami atau ahli keluarga terdekat boleh membeli Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri COVID-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.

Selain itu, ahli keluarga dan suami dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangkan ibu mengandung tergolong dalam kategori berisiko.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Sep 2018

Ini Keburukan Hand Sanitizer Yang Anda Tak Tahu

Hand sanitizer sangat membahayakan sistem daya ketahanan tubuh seseorang!

Trending Wed, 20 Jan 2021

Selangor Umum Pakej Khas Bantu Rakyat, Fokus Kepada B40, Warga Emas Dan Mahasiswa

Pakej Kita Selangor pastinya memberi banyak kebaikan buat rakyat!

Featured Thu, 15 Jun 2023
Trending Thu, 4 Aug 2022

[VIDEO] “Puteri Roh Meresap” – Che Ta Risau Takhta Ratu ‘Dirampas’ Anak Perempuannya?

Wah nampaknya puteri sulung Che Ta bakal ganti takhta ibunya!

Featured Sun, 18 Dec 2022