Buat Promosi Jualan Ayam Ikut Trend, Bos Besar Mydin Curi Tumpuan

Pengarah urusan pasaraya terkemuka Mydin, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin berjaya mencuri tumpuan orang ramai apabila tampil dengan aksi menghiburkan.

Tampil dengan gaya tangan yang popular di aplikasi Tik Tok, Dato Ameer bahkan dikatakan begitu mengikut trend dan kreatif dalam mempromosikan jualan ayam di pasaraya miliknya.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang menegur bahawa isyarat tangan yang digunakan itu sebenarnya membawa maksud yang kurang sopan jika berada di Itali.

Namun, tidak kurang juga yang tampil mempertahankan tindakan pemilik Mydin tersebut dan menganggap di Malaysia isyarat tangan tersebut sebenarnya membawa maksud “Nak makan apa? Atau sebagai isyarat bagi pertanyaan “Sudah makan ke?”.

 

Salma Syahbuddin