Respect!
Baru sahaja berusia sembilan tahun, ternyata usaha si cilik bernama Nur Afia Qistina Zamzuri ini menjahitkan pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) buat ‘frontliners’ sangat dikagumi!
Menurut sumber, pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan Kepis, Kuala Pilah ini menggunakan kemahirannya untuk menjahit PPE supaya dapat digunakan oleh petugas barisan hadapan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Ibunya Hasnah Hud berkata, anak sulungnya itu yang menawarkan diri untuk berbuat demikian selepas diberitahu tentang bekalan PPE pasukan perubatan di HTAN berkurangan.
Jelasnya, PPE yang dihasilkan setakat kini dijahit sendiri oleh Afia. Beliau hanya membantu membuat kemasan di bahagian leher baju sahaja.
Mula Belajar Menjahit Sejak Umur 5 Tahun
Tambah Hasnah yang bertugas sepenuh masa sebagai pembantu pengurusan murid di SK Felda Kepis itu, Afia telah mula menjahit sejak berusia lima tahun lagi.
Kemudian, anaknya itu sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan selepas menjual hasil jahitannya seperti sarung bantal kepada penduduk sekitar kawasan perumahan mereka ketika berusia tujuh tahun.
Syabas diucapkan buat adik Afia! Semoga lebih ramai lagi ‘hero’ yang turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan masing-masing.
Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?