Featured By: Attiqah Mohd September 8, 2021 @ 5:54pm

Cara Mohon Bantuan Bekalan Makanan Asas RM300 Menerusi Prihatin Kasih Mulai September

Untuk makluman,  program PRIHATIN Kasih menerusi insentif PEMERKASA adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.

Penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad mereka yang mana ia boleh digunakan bagi tujuan membeli barang keperluan seperti makanan tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi.

Bagi pengetahuan anda, para penerima boleh membeli barangan keperluan di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:

-Giant

-Mydin

-Econsave

-The Store

-PacificMilimewa

-99 Speedmart

-Lotus Stores (Tesco)

-Kedai-kedai runcit yang terpilih

Tarikh Pelaksanaan

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan bagi Program Prihatin Kasih :

Julai – September 2021: Selangor & Kuala Lumpur

-Ogos – Oktober 2021: Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu

-September – November 2021 / Oktober – Disember 2021: Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak

Berikut adalah merupakan cara memohon  kelayakan bagi Bantuan Prihatin Kasih:

-Sila layari laman web MyKasih

-Masukkan nombor kad pengenalan dan kod captcha

-Tekan butang “Semak Status”

-Keputusan kelayakan akan dipaparkan

-Para penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka

-Para penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

Warehouse Elrah Terbakar Angkara Khianat, El Azman Tawar RM100,000 Kepada Mereka Yang Menjumpai Pelaku

Usahawan El Azman menawarkan RM100,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai individu yang bertanggungjawab melakukan khianat membakar warehouse Elrah. @elazman Minta kawan2 tolong share posting ni ye A Saya beri Ganjaran RM100,000 yang menjumpai perlaku jahat […]

Featured Mon, 3 Jan 2022

Gagal Merentasi Sungai, Warga Emas Maut Dihanyutkan Arus Deras

Seorang warga emas maut selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Lininkung, Telupid untuk menuju ke rumahnya pada Ahad. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa berusia […]

Trending Mon, 7 Dec 2020
Trending Thu, 21 Feb 2019
Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Trending Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

“Saya Bukan Lelaki Misteri Itu”, Ikhwan Doakan Risteena Bahagia

Hmmm..Belum tentu ‘berkawan’ lama akhirnya ke jinjang pelamin kan?

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Sertai Kool FM, Linda Onn Kembali Ke Udara!

Tulis Linda di laman Instagramnya, Kepada semua, terima kasih kerana mendengar dan teruskan sokongan buat Kool FM, kerana mereka kool!