Featured By: Attiqah Mohd June 21, 2021 @ 4:08pm

Cara Mohon Dan Semak Kelayakan BPR Tambahan, Bayaran RM 100 Hingga RM 500 Akhir Jun Ini

Umum maklum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai Jun ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa bantuan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan bagi BPR Tambahan

  • Pergi ke Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.myKlik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
  • Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  • Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  • Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.

Bantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR

Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut.

  • Penerima bantuan adalah mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Penerima juga tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.
  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
  • Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

Kelayakan

  • Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatan
  • Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Aug 2022
Featured Fri, 19 Aug 2022

Gara-Gara Muka Tertutup Dengan Kain Lampin, Bayi Berusia 4 Bulan Temui Ajal

Allahuakbar sedihnya… Apapun salam takziah untuk keluarga mangsa 🥀

Featured Sun, 2 Oct 2022
Trending Wed, 22 Apr 2020

Ketahui Kadar Zakat Dan Cara Pembayaran Zakat Sepanjang PKP

Walaupun berdepan dengan PKP, zakat fitrah wajib ditunaikan..

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Nabil Ahmad Hargai Peminat, Bawa Tunai Umrah

Dalam perkembangan lain, Nabil juga turut mengumumkan bahawa ada ganjaran lain buat peminatnya selain pakej umrah tersebut. Haa, kalau semua nak tahu kenalah tunggu 24 Mac nanti okay

Featured Mon, 9 May 2022
Trending Fri, 18 Dec 2020

100% Sah! Safawi Rasid Kembali Ke Pangkuan JDT Tahun Depan

Semoga Pawi dapat mencipta banyak lagi rekod untuk tahun 2021

Featured Wed, 11 Sep 2019

| Live TV

error: Content is protected !!