Featured By: Attiqah Mohd August 18, 2021 @ 6:16pm

Dakwa Dapat Majoriti Penuh, Ismail Sabri Calon Perdana Menteri Ke-9

Berikutan keadaan politik yang melanda negara ketika ini, Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata nama Ismail Sabri dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 4 petang hari ini.

“UMNO dan BN bersama-sama dan bersetuju mencalonkan satu nama. Tentunya (calon itu mesra kepada semua parti luar BN).

“Ya, (calon itu) Ismail Sabri. Kami sudah melepasi sempadan (majoriti 111 untuk membentuk kerajaan),” katanya kepada media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Azalina yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, mengakui kerajaan baharu yang perlu dibentuk ketika ini, mesti dalam bentuk gabungan dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak kerana perlu menguruskan pandemik COVID-19.

Katanya, semua Ahli Parlimen BN dalam mesyuarat malam tadi dimaklumkan calon Perdana Menteri BN akan turut disokong sejumlah parti tertentu untuk mendapat sokongan melebihi majoriti 111.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Apr 2022
Trending Thu, 27 Aug 2020

Kedai Serbaneka Beroperasi Lebih Dari 12 Tengah Malam Akan Dikenakan Tindakan

Dah tak boleh nak pergi 7eleven lebih dari pukul 12..

Featured Wed, 8 Dec 2021

Pihak Pengurusan Tak Mahu Fat Amy Turunkan Berat Badan

Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Fat Amy, Rebel Wilson, 41, memberitahu pihak pengurusan tidak begitu menyokong keputusannya untuk mengurangkan berat badan. Rebel mendedahkan perkara terbabit menerusi satu sesi temu duga di BBC Breakfast, baru-baru

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Di Pawagam 21 Mac 2019

Filem “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”

Featured Tue, 10 Jan 2023

Tayang ‘Six Pack’ Di TikTok… Atiq Azman Undang Komen Nakal, Peminat ‘Menggelupur’ Tak Senang Duduk

Pelakon kacak, Atiq Azman semakin berani mempamerkan bentuk badan yang sasa di media sosial. @therajaatiqullahSyok sendiri ke tu ♬ Dc usss – Brooke 👩🏼‍🎤 Terbaharu, Atiq telah memuat naik satu hantaran di TikTok dengan menayangkan

Trending Hari Ini Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Tue, 21 May 2019

‘ Ramadan Kali Ini Paling Sukar’-Isteri Ammar Alfian Kecewa Ditipu

Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah dipadamkan beberapa jam selepas dimuatnaik.

| Live TV