Featured By: Attiqah Mohd July 6, 2021 @ 6:36pm

“Doktor Kata Kanser Perut Last Stage..”- Keadaan Ayah Semakin Tenat, Ebit Lew Mohon Doa Ramai

Keadaan bapa kepada Ustaz Ebit Lew yang semakin tenat sejak beberapa bulan lalu semakin mengundang sebak orang ramai.

Terkini, beliau sempat berkongsi mengenai keadaan semasa ayahnya yang kini sedang  terlantar di hospital dan menderita.

Dalam perkongsian di laman Facebooknya, Ustaz Ebit Lew dilihat memakai sut PPE yang lengkap ketika melawat bapanya di hospital.

Menurut Ebit lagi, sel kanser sudah merebak ke seluruh badan serta memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik.

Lebih memilukan, Ebit berkongsi mengenai  harapan bapanya yang berharap agar  dia tetap meneruskan misi membantu orang ramai.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.

“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” tulisnya.

Sama sama kita doakan yang terbaik buat bapa Ustaz Ebit Lew. Syafakillah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023

Isteri Lan Solo Dedah Momen Tahun Pertama Berkahwin ‘Downgrade’ Hidup – “Pernah Korek Tabung Beli Pampers & Susu…”

Susah susah dahulu, senang senang kemudian kan ☺️☺️ Alhamdulillah, murah rezeki Lan sekeluarga

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Featured Tue, 8 Jun 2021

“Saya Alami Pendarahan..”- Ummi Nazeera Dedah Kesukaran Melahirkan Anak Kedua

Tahniah buat pelakon Ummi Nazeera dan suami di atas  kelahiran anak kedua mereka pada 2 Jun yang lalu. Namun di sebalik kegembiraan tersebut, terselit keperitan yang terpaksa dialami. Ummi mendedahkan kesukaran yang dialaminya sewaktu melahirkan […]

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Suami Dituduh Curang, Sharifah Sakinah Bengang?

Siapa Anda, Pelik Gila? Siapa tak bengang kan, tiba-tiba tak semena-mena hantar mesej menuduh macam tu. Sabarlah ya…

Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Suami Beli 19 Tudung Hampir RM5,000 Untuk Sokong Fatin Afeefa Mahu Berhijab – “Pelan-Pelan Kayuh”

Alhamdulillah, murah rezeki selalu belanja isteri ❤️ Mesti cantik Fatin Afeefa pakai tudung 🥰🥰

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Trending Fri, 22 Apr 2022