Events By: Salma Syahbuddin April 11, 2022 @ 5:05pm

Elak Anak Jadi Pasif, Kempen Kid’s Safe Travel Galak Ibu Bapa Bawa Anak Bercuti Tanpa Rasa Paranoid!

Fasa pandemik Covid-19 yang berlaku sejak dua tahun lalu bukan sahaja melumpuhkan operasi pelancongan dunia malah, semua sektor melibatkan pendapatan negara dan tenaga kerja juga turut terjejas.

Selain itu,  semua golongan termasuklah kanak-kanak turut menerima impak yang sama apabila terpaksa berkurung dan melakukan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha meneruskan pendidikan walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP).

Kempen Kid’s Safe Travel elak rasa paranoid ibu bapa

Oleh itu, sempena dengan pembukaan sempadan negara dan pengumuman fasa endemik bermula 1 April lalu, Kempen Kid’s Safe Travel dilaksanakan bagi memupuk budaya pencegahan agar pergerakan lebih selamat dan terkawal terutamanya buat ibu bapa yang ingin membawa anak-anak pergi bercuti.

Menurut Pengasas Ola & Oli Sdn Bhd dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Tan Sri Abdul Aziz yang juga merupakan seorang pakar Audiology memaklumkan, kempen Kid’s Safe Travel adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka keluar dan mengelakkan dari terus terkurung di rumah.

Malah, sebagai seorang ibu beliau juga faham, akan perasaan paranoid terhadap penularan wabak Covid-19  terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

“Objektif kami memperkenalkan Kids Safe Travel adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serat menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagimenguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara,” katanya.

SupeOla Immu B+ makanan tambahan sesuai selera kanak-kanak

Selain kempen Kid’s Safe Travel, formulasi produk makanan tambahan yang diberi nama SupeOla Immu B+ turut diperkenalkan.

Ia diperbuat daripada malt coklat keluaran syarikat Ola & Oli bersesuaian dengan selera kanak-kanak.

“Kita adalah apa yang kita makan, akses anak-anak terhadap makanan memang banyak tetapi bukan senang untuk menggalakkan mereka makan makanan yang seimbang.

“Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan juga sesuai untuk diambil ketika keluar bersiar-siar dihujung minggu atau pulang ke kampung ketika musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. 

“Malah, bagi memastikan anak-anak kekal sihat SupeOla Immune B+ juga dapat membantu menggalakkan peningkatan sistem imun badan,” katanya.

Untuk makluman, Kempen Kid’s Safe Travel turut disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

’Ramai Orang Ingat Saya Melayu’- Neeta Kongsi Pengalaman Lucu Dimarah Tokey Kedai

Saya tidak menganggap hal ini sebagai satu masalah besar malah melihat ada kelebihannya tersendiri.

Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar

Trending Mon, 3 May 2021

Wajib Ada Insurans Bagi Jemaah Umrah Kerana…

Wajib ada insurans bagi jemaah okay!

Featured Wed, 12 Oct 2022
Featured Mon, 9 Jan 2023

“Sebab Curang Ini Pilihan Bukan Paksaan” – Dr Fadzilah Kamsah

Hm betul apa pesan Dr Fadzilah Kamsah ni kan!

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Hans Issac Dilantik Pengerusi FINAS, Tahniah!

Saya juga berharap agar ahli-ahli lembaga FINAS akan memberikan kerjasama yang penuh kepada Dato’ GeraldHans Isaac dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan

Hiburan Sun, 14 Jul 2019
Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Taylor Swift Revealed That She Didn’t Have Much Support From Pop “Community” When She First Started

Girls compete with each other, women empower one another. WE STAN! 

Trending Sat, 23 Jun 2018

Gaji Kena Potong Akibat ‘Kejar’ Bento

Kami kesal perkara ini berlaku di jabatan ini. Ia tidak boleh diterima dan kami memohon maaf…

Featured Wed, 14 Dec 2022

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali. @bernamatvofficial Hannah Yeoh Dipuji Kerana Peruntukan Dibuat Untuk Van Jenazah #bernamatv #beritaditiktok #malaysiatiktok

| Live TV