Trending By: Attiqah Mohd April 21, 2020 @ 2:10pm

Fidyah Wajib Dibayar, Ini Cara-Caranya

Beberapa hari sahaja lagi umat islam seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadan yang mulia. Buat kaum wanita, pastinya ramai yang sudah melunaskan tanggungjawab ganti puasa. Namun, ada juga segelintir yang belum sempat menggantikan puasa.

Justeru, buat kaum wanita yang tidak sempat menggantikan puasa anda wajib membayar bayaran denda iaitu bayaran fidyah.

Hukum bayaran fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Kredit foto: Says

Sebab seseorang dikenakan fidyah

Terdapat beberapa sebab yang mewajibkan seseorang individu dikenakan bayaran fidyah. Antaranya adalah :-

  1. Perempuan Hamil
  2. Perempuan yang menyusukan anak
  3. Orang Tua yang uzur
  4. Sakit hingga tidak dapat puasa (sementara atau kekal)
  5. Melambatkan ganti (Qada) puasa
Kredit foto: Google
Kredit foto: Google

Taksiran Fidyah dikira bersamaan dengan (Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH . Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Sistem e-Fidyah

Menerusi kewujudan sistem e-Fidyah yang dilaksanakan, anda boleh membayar fidyah secara atas talian sekaligus memudahkan umat Islam untuk melaksanakan bayaran.

Tonton video di bawah dengan lebih lanjut:

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Jun 2023

Kesal Ibu Terima Tempias, Haris Annuar Maklum Keluarga Tak Setuju Nadia Annuar Buka Tudung – “Sekurangnya Dah Terlepas Dari Dosa Sebab…”

Hati seorang ibu sedih melihat anak yang dulu berhijab tiba-tiba buka semula – Harris Annuar

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Kenapa… Awak Tak Cakap Dari Mula” – Rupa-Rupanya Chombi Penyanyi Lagu Viral Sayunk I Love You Anak Harry Khalifah, Ramai Tawar Diri Jadi Menantu!

Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam menjadi tular di internet, terutamanya laman sosial TikTok. Karya terbabit meraih perhatian ramai selepas kerap digunakan sebagai lagu latar belakang untuk pelbagai content […]

LIFESTYLE Mon, 18 Jun 2018

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

Vivy yang hadir di Menara Ilham bagi menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan, sebentar tadi menyuarakan pendapat usaha ini bersesuaian bagi keperluan pasaran global.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Patutlah Diam, Rupanya Elizabeth Tan…

Lama tak dengar khabar Lizzy kan?

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

“Selepas Sekian Lama, Akhirnya Saya Terbuka Hati Untuk…” – Nabila Huda Pilih Yang Tak Klise

Pelakon dan pengacara Melodi, Nabila Huda mengakui dia kini memilih untuk membintangi drama rantaian yang mempunyai genre serta skrip bersesuaian. Bakal muncul dengan naskhah Terlerai Noktah, drama rantaian terbabit akan mula bersiaran jam 10 malam […]