Featured By: Marcella December 17, 2021 @ 12:59pm

Gara-gara Pakai Seluar Dalam Wanita Sebagai Pelitup Muka, Penumpang Lelaki Dipaksa Keluar Dari Pesawat

Seorang penumpang lelaki dipaksa keluar dari sebuah pesawat di Florida selepas dia berkeras untuk memakai sehelai seluar dalam perempuan berwarna merah sebagai pelitup muka.

Lelaki berkenaan, Adam Jenne, 38, diminta turun sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Fort Lauderdale, Florida ke Washington, D.C.

Video kejadian pada Rabu telah dirakam penumpang lain, menunjukkan kru memberitahu Jenne bahawa dia tidak dibenarkan berada di dalam penerbangan jika dia enggan menanggalkan seluar dalam itu dari mukanya.

Selepas beberapa perbincangan, lelaki itu akhirnya meninggalkan tempat duduknya dan keluar dari pesawat itu.

Jenne mendakwa, ini bukan kali pertama dia memakai seluar dalam sebagai pelitup muka, malah dia disambut dengan reaksi berbeza daripada beberapa pesawat sebelum ini.

“Saya fikir cara terbaik untuk menggambarkan kemustahilan adalah dengan kemustahilan,” kata Jenne.

Sementara itu, United Airlines telah memuat naik satu kenyataan, ‘pelanggan tersebut jelas tidak mematuhi peraturan persekutuan mewajibkan pemakaian pelitup muka’ dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

“Kami menghargai tindakan pasukan kami menangani isu berkenaan di lapangan selepas pesawat itu berlepas, sekali gus mengelakkan sebarang potensi gangguan ketika berada di udara,” katanya.

Jenne telah dibayar balik untuk penerbangannya dan dijadualkan untuk terbang semula pada Khamis.

 

Sumber: NBC2

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Jan 2020
Featured Thu, 10 Nov 2022

“Saya Lebih Sedih Jadi Mangsa Body Shaming” – BCL Jawab Dakwaan Hamil

Pelakon dan penyanyi Bunga Citra Lestari mengakui kesal dengan dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang hamil anak kepada penyanyi Ariel NOAH, baru-baru ini . Sebelum ini, tular di media sosial saiz perut pelantun lagu Ingkar

Events Sun, 12 Mar 2023
Featured Fri, 2 Dec 2022

Tarbiah Netizen Tak Qada Solat: “Kena Ke Neraka Dulu Baru Syurga” – Ustaz Wadi Anuar

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar memberi pesanan kepada warganet yang pernah meninggalkan solat. @zikirselalu Qadha solat #fypシ #ustazwadiannuar ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok oleh @zikirselalu,

Trending Thu, 30 Jan 2020
Hiburan Mon, 9 Sep 2019
familuv Wed, 3 Apr 2019

Bahagia bersama Nedim, Nora Danish dedah ‘bela’ sesuatu?

Pasangan romantis ini baru meraikan ulang tahun perkahwinan kedua mereka

| Live TV