Featured By: Arfah December 7, 2021 @ 12:57pm

Geramnya! Tindakan Pemandu 4X4 Langgar Kera Hingga Mati Timbulkan Kemarahan Netizen

Seorang pemandu kenderaan jenis 4X4 berwarna putih dipercayai telah melanggar beberapa ekor kera sehingga ada yang mati di sebuah jalan di kawasan perumahan Taman Majupadu, Kluang, Johor.

Kejadian ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia di akaun Facebook pada Isnin.

Di dalam video tersebut, perakam yang menaiki motosikal menunjukkan kenderaan tersebut sedang mengundur untuk melanggar lagi kera yang sedang berkumpul di tepi jalan selepas dia telah melanggar seekor anak kera sehingga mati.

Video tersebut jelas menunjukkan seekor anak kera yang sudah tidak bergerak terbaring berlumuran darah.

Sekumpulan kera yang berada di tepi tidak sempat untuk melihat anak kera yang kaku itu apabila pemandu 4X4 memandu ke arah mereka.

“Saksi yang merakam video perlakuan pemandu kereta yang didakwa sengaja melakukan jenayah haiwan liar ini diminta segera membuat laporan kepada Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia supaya pelaku dapat segera diburu dan didakwa,” tulis Persatuan Haiwan Malaysia.

Menurut persatuan itu, perbuatan tersebut seperti mencabar kuasa jabatan yang ditugaskan melindungi hidupan liar di negara ini.

Perkongsian tersebut menerima sebanyak 73 komen yang kebanyakkannya amat marah dengan situasi kejadian.

Kekejaman terhadap haiwan bukanlah solusi kepada apa jua permasalahan yang melibatkan haiwan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Dec 2022
Trending Fri, 10 Jul 2020
Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Featured Mon, 13 Apr 2020

Cara rawat demam anak tanpa perlu ke klinik. Nombor 3 terbukti berkesan!

Kaedah alternatif diamalkan sejak zaman-berzaman

Featured Tue, 14 Jun 2022

[VIDEO] Jual Rumah Bernilai RM1.2 Juta, Netizen Anggap Kifarah Buat Shuk Sahar Akibat Curang – “Bye Bye Ferrea..”

Semoga Shuk tabah menghadapi ujian ini dan ambil iktibar daripada perkara yang berlaku 😊

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Media Prima Digital and Ziff Davis Announce IGN Southeast Asia Partnership

Media Prima Digital, one of Southeast Asia’s leading digital media groups, announced a new partnership with global digital media company Ziff Davis, a division of J2 Global, to operate IGN Southeast Asia (sea.ign.com) catered to […]

Featured Fri, 5 Mar 2021
Fab Foodies! Thu, 17 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Tak sampai 30 minit, hidangan boleh tersedia di atas meja. Menu sesuai untuk anda yang pulang kerja lewat dan mahukan juadah yang memikat rasa…

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Usikan Janna Nick disalah faham!

Inilah yang berlaku antara pelakon Janna Nick dan penyanyi yang baharu putus tunang, Sufian Suhaimi.

Featured Fri, 23 Sep 2022