Featured By: Fatin Nurain January 14, 2023 @ 12:26pm

Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Syukur Dapat Bawa Pekerja Pergi Umrah

Pasangan usahawan serta pempengaruh, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina meluahkan rasa bersyukur dapat semua pekerja mereka menunaikan ibadah umrah bersama.

Menerusi perkongsian di Instagram yang dikongsikan semalam, Hafiz menyatakan impiannya ingin menempah sebuah kapal terbang khas untuk membawa pekerja di bawah syarikat Ainaa Beauty menjalankan ibadah umrah bersama telah tercapai.

“Jujur, apa perasaan awak tengok ni? Ya Allah, saya tak tahu nak tulis apa. Ini perkara yang saya cakap dekat isteri dulu, ‘Yang, satu hari nanti, satu kapal terbang tu kita mampu bawa orang ke Umrah.’

“Sebelum ni, setiap tahun kita bawa team. Dari awal niaga dua orang ke Umrah lepastu meningkat jumlah setiap tahun ke Umrah,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Hafiz turut menyatakan rasa terharu selepas melihat ramai ibu bapa pekerjanya yang hadir untuk meraikan keberangkatan mereka ke Tanah Suci Makkah bersama.

“Bila dekat Airport semalam, saya terkejut sebab terlalu ramai yang datang. Ada parents mereka datang, mengalir air mata ucapkan terima kasih. Ada team yang dia hadiahkan juga mak ayah dia ikut sekali, masya-Allah hebat sangat.

“Tahun depan, saya nak bawa ramai lagi dengan izin Allah. Nak mereka rasa kenangan dan rasa rindu bumi Allah nanti. Doakan rezeki perniagaan melimpah ruah.

“Kita bawa team yang berniaga dengan kita dan staff. Ada juga anak yatim, customer @ainaabeautyofficial dalam trip ke Umrah tahun ni. Sama sama kita rasa perasaan di bumi Allah ni. Perasaan apa? Kejayaan Demi Kebahagiaan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
TECH Wed, 5 Dec 2018

5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat

Ini antara ciri-ciri akaun facebook anda boleh disekat.

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Wed, 27 May 2020

Ekstrak buah-buahan tempatan untuk baja kulit

Bahan kaya antioksidan buat kulit tampak remaja

Trending Sun, 6 Dec 2020
Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Drama Wed, 11 Mar 2020