Featured By: Attiqah Mohd September 7, 2021 @ 6:51pm

Hampir 69 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Setakat Semalam

Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin COVID-19 membabitkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap diberikan semalam, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3 peratus populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat Isnin,” demikian menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Jan 2019

Wanita ini mendapati penderma darah yang menyelamatkan nyawanya 11 tahun lalu ialah suaminya sendiri

Berapa ramai orang berpeluang untuk melalui kisah romantis sebegini?

Trending Tue, 23 Apr 2019

Polis Sahkan Tulang Yang Dijumpai Di Tempat Acap Hilang Adalah Tulang Manusia

Semoga keputusan hasil ujian baik-baik sahaja. Sama-sama kita doakan agar Saudara Acap kembali ke pangkuan keluarga

Drama Thu, 17 Nov 2022
TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Penyanyi Roxette, Marie Fredriksson Meninggal Dunia

Terkenal dengan lagu hitnya, ‘It Must Have Been Love’ akhirnya pergi juga pada usia 61 tahun

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Sebar Energi Positif Ke 150 Juta Pengikut, Usaha Ariana Grande Dipuji!

Ariana mengingatkan pengikutnya bahawa hidup lebih indah jika anda mengizinkan dan menggunakan energimu dengan tepat,

Hiburan Tue, 5 Dec 2023