Featured By: Salma Syahbuddin April 6, 2022 @ 11:05am

Hantar Gambar & Perkataan Lucah Dengan Tujuan Mengaibkan, Satu Lagi Kertas Siasatan Gangguan Seksual Libatkan Ebit Lew

Satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual melibatkan pendakwah tersohor, Ustaz Ebit Lew dilaporkan kini sedang disiapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Menurutnya, pihaknya kini sedang melengkapkan siasatan berhubung laporan yang dibuat di Semenanjung. Ia termasuklah mengesan saksi-saksi yang berhubung kait dengan pendakwaan.

Bagaimanapun, Abdul Jalil memaklumkan pihaknya belum pasti bila kes pendakwaan akan dilaksanakan kerana siasatan masih berlangsung.

“Belum pasti lagi akan didakwa. Sisatan masih disiapkan,” katanya.

Sebelum ini, Ebit, 37, mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan.

Untuk rekod, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Tuduhan Melampau & Tak Berasas, Saya Percaya Dilakukan Untuk…”- Jawab Tuduhan Gangguan Seksual, Ini Respons Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa 11 Pertuduhan Berkaitan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Mengakui Tidak Bersalah

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Gangguan Seksual Babitkan Ebit Lew, Kertas Siasatan Kini Di Peringkat Akhir

ARTIKEL BERKAITAN:Viral Kisah Kakak Rider Bersama Anak OKU, Ebit Lew Tampil Beri Bantuan

ARTIKEL BERKAITAN:“Baik Sangat Walau Orang Kata Macam Mafia”- Ebit Lew Kongsi Pengalaman Jumpa Ketua Kawasan Bahaya di Sao Paolo Brazil

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Aug 2022
Trending Thu, 24 Sep 2020
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Featured Tue, 5 Apr 2022

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bella berehat dari dunia media sosial sepanjang bulan Ramadan

Featured Fri, 26 Aug 2022

Mahu Mencari Ketenangan, Marshanda Belum ‘Ready’ Kahwin Kali Kedua

Tenang-tenang ajaaa dulu ya Caaaa! Usah ribut kawin dulu ar💐

Featured Mon, 3 Apr 2023

Video Tak Pernah Bangun Sahur Dikecam, Reen Rahim Hilang 1.6 Juta Pengikut Di TikTok Gara-Gara…

Haa itulah netizen ni cepat sangat buat andaian sendiri.. Banyak tu 1.6 juta followers hmmm