Featured By: Maya Basir April 28, 2022 @ 3:19pm

Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Penjelasan Aina Abdul

Mula menjual tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 Live at Istana Budaya pada Isnin lalu, penyanyi Aina Abdul menerima pelbagai respons netizen.

Ada yang tidak sabar membeli tiket untuk menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, namun pada masa yang sama ada juga yang mempersoalkan nilai dan harga tiket konsert Aina yang dijual bermula RM113 sehingga RM1,246.

Mengulas mengenai perkara ini, Aina meluahkan rasa syukur apabila tiket konsert yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun sudah 80 peratus terjual.

Menurut Aina, dia akan melakukan yang terbaik untuk konsert ini seperti yang dia pernah berikan pada persembahan-persembahan lalu.

“Apa yang Aina boleh katakan, Aina sedia untuk menjanjikan yang terbaik. Mereka yang hadir di persembahan Aina sebelum ini atau showcase 1.0 tahun lalu mesti tahu yang Aina tak main-main dalam mengadakan persembahan, Aina berikan 300 peratus,” katanya.

Sebagai seorang penyanyi yang menguruskan karier seni sendiri, sudah menjadi impian besarnya untuk mengadakan konsert di lokasi berprestij seperti Istana Budaya dan apabila ia menjadi kenyataan, dia tidak menoleh ke belakang.

“Biarpun berhadapan dengan cabaran seperti prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial di konsert yang hanya boleh memuatkan 75 peratus kapasiti penonton sahaja serta masih belum dapat bertemu dengan mana-mana penaja, Aina mengambil risiko besar untuk merealisasikan cita-cita Aina.

“Risiko yang sama Aina ambil ketika menggunakan duit poket sendiri untuk menerbitkan Sumpah dan Alhamdulilah, Allah permudahkan. The rest is history.

“Jika Aina hanya berharap dan bermimpi tanpa sebarang tindakan dan takut untuk mengambil risiko, Aina akan tetap kekal berada di tempat yang sama,” ujarnya.

Tambah Aina, terdapat sesetengah peminat yang meluahkan kerisauan dan dia berharap agar semua dapat memahami situasinya.

“Insya-Allah, more to come. Selepas selesai konsert di Istana Budaya, mungkin pada hujung tahun atau tahun depan, Aina boleh mengadakan konsert lain untuk semua yang menanti, Insya-Allah. Doakan Aina ya,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 May 2018

Akui Sudah Putus, Hefny Tak Masuk Campur Hal Uqasha

Hubungan diantara Hefny Sahad bersama aktres cantik, Uqasha Senrose terputus sejak awal tahun lagi dan tidak ingin masuk campur hal Uqasha

Hiburan Tue, 28 Sep 2021

“Cantiknya Mata Baby…” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Dedah Wajah Anak, Beri Nama Ana Nayla

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendedahkan wajah anak sulung mereka yang dilahirkan pada 21 September lalu. Menerusi kemas kini Instagram pasangan ini, mereka turut mendedahkan nama permata hati mereka, Ana Nayla. View this

Trending Fri, 7 Aug 2020
Trending Mon, 15 Feb 2021

Orang Awam Kini Boleh Mendaftar Vaksin Covid-19 Menerusi 5 Kaedah Ini

Okay gaisss, dah boleh semak apakah kaedah yang perlu dilakukan…

Featured Mon, 6 Aug 2018

Ubat Gigi Penyebab Diabetes. Betul Ke?

Titanium dioksida bahan penyebab diabetes jenis kedua.

Featured Fri, 7 Apr 2023

| Live TV